Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara

LocalCars
4 Aug 2026 • 1:46 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Festival Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 sekali lagi membuktikan statusnya sebagai acara Kustom Kulture terbesar di negara ini apabila menghimpunkan ribuan peminat automotif, seni, muzik dan gaya hidup di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Selangor pada 1 dan 2 Ogos lalu.

Sempena ulang tahun penganjurannya yang ke-15, AOS2026 tampil dengan tema “Summer Festival – Kustom Bergaya”, menawarkan pengalaman lebih besar dan meriah menerusi pameran kenderaan kustom bertaraf dunia, persembahan muzik, aktiviti komuniti serta pelbagai tarikan interaktif untuk seisi keluarga.

Antara yang mencuri perhatian ialah kehadiran ramai nama besar dunia Kustom Kulture termasuk wakil daripada MOONEYES, Liberty Walk, DicE Magazine dan Hot Wheels Premium, selain penyertaan komuniti automotif dari Jepun, Thailand, Indonesia, Singapura, Taiwan, Brunei dan Filipina.

Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara

Pameran Kenderaan Kustom Bertaraf Antarabangsa

Seperti kebiasaan, tumpuan utama festival sudah tentunya tertumpu kepada deretan motosikal dan kereta kustom unik yang dipamerkan sepanjang acara.

Antara model yang menjadi perhatian ialah Harley-Davidson Knucklehead 1945 milik Hawgholic serta Harley-Davidson Shovelhead 1966 daripada Vise Clothing.

View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai kenderaan modifikasi dari Thailand dan Taiwan, manakala kemunculan Liberty Walk (LBWK) dari Jepun menjadi antara tarikan terbesar tahun ini.

Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara
Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara

SoundCircus Festival Kembali Meriah

Selain dunia automotif, SoundCircus Festival (SCF) 2026 sekali lagi menjadi antara pengisian utama AOS dengan enam pentas persembahan dengan pengalaman muzik secara langsung yang lebih besar, dari dalam dewan hingga ruang terbuka.

Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara

Antara yang membuat persembahan ialah Ella bersama Cokelat, Sheila Majid, Nadin Amizah, Disagree, Johnny Pandora, Dannqrack & Eemrun serta Hari Slatan, selain sambutan ulang tahun ke-20 kumpulan Hujan dan ulang tahun ke-30 Asian Hardcore.

Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara
Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara
Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara

Apa yang lebih menarik apabila AOS turut memperkenalkan flying fox pertama di Asia yang membolehkan pengunjung meluncur di atas Pentas 16 SoundCircus, sekali gus memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung yang mahu menikmati persembahan muzik dari sudut lebih unik yang pastinya penuh adrenalin.

Hot Wheels, Builder Terbaik & Pelbagai Aktiviti

Edisi keempat Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) yang berlangsung sepanjang festival turut meriah dengan pelancaran model eksklusif Custom Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34) yang didatangkan bersama nombor siri unik serta lesen rasmi Nissan.

Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara
Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara

Turut hadir ialah Ronald Wong, Lead Product Designer Hot Wheels Premium yang berkongsi pengalaman bersama komuniti pengumpul die-cast tempatan.

Sementara itu, pertandingan Art of Speed Invitational Bike Build-Off menyaksikan Mujo Juros muncul juara apabila memenangi kedua-dua kategori Pilihan Juri dan Pilihan Pengunjung menerusi jentera GPX Gentleman 200.

Lebih Daripada Festival Automotif

Bukan sekadar mengenai kereta dan motosikal, AOS 2026 turut menampilkan pelbagai aktiviti komuniti termasuk Santai Scooterist & Car Club Gathering, Kids Recreation Zone, pertandingan berbasikal, Automotive Flea Market, Collectible Alley, pelancaran produk baharu serta pelbagai aktiviti bersama penaja.

Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara
Image from: Art of Speed 2026 Berlangsung Meriah! Himpun Ribuan Peminat Automotif, Kustom Kulture Dari Dalam & Luar Negara

Pengunjung juga berpeluang menyertai Kembara Passport AOS 2026 yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM80,000 termasuk motosikal custom Thunder Motorcycles 250 dan sebuah Honda HR-V MK1 Japan Edition yang diubah suai khas.

Dalam masa sama, Tourism Selangor turut melancarkan inisiatif Tourscape @ Selangor bagi menggalakkan peminat automotif meneroka pelbagai destinasi menarik di negeri itu menerusi laluan road trip khas melibatkan 12 daerah.

Terus Kukuhkan Nama Malaysia Dalam Dunia Kustom

Mengulas kejayaan festival tersebut, Pengarah Festival Art of Speed, Asep Ahmad Iskandar berkata sokongan yang diterima daripada komuniti antarabangsa membuktikan AOS kini bukan lagi sekadar sebuah acara automotif, sebaliknya menjadi platform yang menghubungkan pembina, artis, jenama dan peminat Kustom Kulture dari seluruh dunia.

Menurutnya, Art of Speed akan terus komited mengangkat bakat tempatan serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab utama Kustom Kulture di rantau Asia Tenggara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Art Of Speed Perkukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Hab Kustom Kulture Asia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved