Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya

4 Aug 2026 • 4:23 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya

Art of Speed Malaysia (AOS) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai festival Kustom Kulture terbesar di negara ini apabila meraikan ulang tahun penganjurannya yang ke-15 menerusi edisi 2026 yang berlangsung pada 1 dan 2 Ogos di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Bertemakan “Summer Festival”, penganjuran kali ini tampil lebih besar dengan menggabungkan dunia automotif, muzik, seni kreatif dan gaya hidup dalam satu festival yang berjaya menarik ribuan pengunjung dari Malaysia serta luar negara. Kehadiran pelbagai jenama, komuniti dan pembina kenderaan antarabangsa turut mengukuhkan lagi reputasi Art of Speed sebagai antara festival Kustom Kulture paling berpengaruh di rantau Asia Tenggara.

Image from: Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya

Sepanjang dua hari penganjuran, pengunjung disajikan dengan pelbagai pameran motosikal dan kereta kustom bertaraf dunia, kehadiran tokoh-tokoh terkenal industri seperti Liberty Walk, MOONEYES, Hawgholic, Vise Clothing serta ramai lagi tetamu antarabangsa yang menjadikan AOS 2026 lebih berprestij.

Image from: Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya
Image from: Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya

Selain dunia automotif, SoundCircus Festival sekali lagi menjadi tarikan utama dengan barisan artis tempatan dan antarabangsa yang menghiburkan pengunjung di enam pentas berbeza. AOS 2026 turut mencipta sejarah menerusi pengenalan Flying Fox pertama di Asia yang merentasi kawasan konsert secara langsung, sekali gus memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung festival.

Image from: Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya

Dalam aspek pertandingan, Art of Speed Invitational Bike Build-Off sekali lagi menampilkan hasil binaan kreatif daripada pembina motosikal terbaik, manakala Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) edisi keempat terus menjadi tumpuan peminat die-cast dengan pelancaran model eksklusif Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34).

Festival ini juga memperluaskan lagi pengaruhnya menerusi pelbagai kolaborasi bersama jenama tempatan dan antarabangsa selain memperkenalkan pelbagai aktiviti komuniti seperti Santai Scooterist, Car Club Gathering, Kids Recreation Zone serta KL Orbits yang menjadikan AOS bukan sekadar festival automotif, malah sebuah acara gaya hidup untuk semua lapisan masyarakat.

Kembara Passport AOS 2026 turut kembali mencuri perhatian apabila menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000 termasuk sebuah Honda HR-V MK1 Japan Edition dan motosikal custom Thunder Motorcycles 250 kepada para pemenang bertuah.

Image from: Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya

Sementara itu, Tourism Selangor memanfaatkan platform AOS menerusi pelancaran Tourscape @ Selangor yang menghubungkan dunia permotoran dengan sektor pelancongan negeri, sekali gus memperlihatkan potensi besar festival ini dalam merancakkan ekonomi kreatif dan pelancongan domestik.

Image from: Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya
Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival Art of Speed Malaysia dan Festival SoundCircus

Menurut Pengarah Festival Art of Speed, Asep Ahmad Iskandar, sokongan berterusan daripada komuniti antarabangsa membuktikan Art of Speed kini telah berkembang daripada sebuah acara tahunan kepada sebuah platform yang menyatukan pembina kenderaan, artis, jenama dan peminat Kustom Kulture dari seluruh dunia. Beliau berkata, Art of Speed akan terus komited dalam memperkasa bakat tempatan sambil mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab utama Kustom Kulture di rantau Asia Tenggara.

Kemuncak Art of Speed Malaysia 2026 menyaksikan pengumuman pemenang bagi anugerah paling berprestij festival ini. Pemenang Best of Show Automobile membawa pulang pakej eksklusif ke Jepun untuk menghadiri 34th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2026, antara acara Kustom Kulture paling berprestij di dunia.

Sementara itu, pemenang Best of Show Motorcycle menerima plak penghargaan khas sebagai pengiktirafan terhadap hasil binaan, ketukangan dan kreativiti luar biasa yang dipamerkan sepanjang festival.

Penganjuran edisi ulang tahun ke-15 ini sekali lagi membuktikan Art of Speed bukan sekadar festival automotif, malah sebuah acara yang menyatukan komuniti Kustom Kulture merentasi pelbagai negara melalui perkongsian idea, kreativiti dan minat yang sama. Kehadiran pembina kenderaan, artis, jenama serta peminat dari dalam dan luar negara terus mengukuhkan reputasi Art of Speed sebagai antara festival Kustom Kulture paling berpengaruh di Asia Tenggara.

Selepas 15 tahun membina legasi, Art of Speed Malaysia terus melakar perkembangan sebagai festival yang meraikan dunia automotif, seni, muzik dan gaya hidup dalam satu pengalaman yang unik, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi penting dalam peta Kustom Kulture dunia.

ANUGERAH KHAS AOS

  1. Best of Show – Automobil
    Pemenang: Shaun Jonathan Pinto
    Model: 1957 356 Speedster Replica
  2. Best of Show – Motosikal
    Pemenang: The Bangkok Boys (Thanoporn, April Boys & Freestyle Custom)

SENARAI PEMENANG AOS 2026

  1. Best Marketplace
    Pemenang: Vespa
  2. Best Display Car
    Pemenang: Mitsubishi L200 Cyclone – Kookza Leadership Custom
  3. Best Display Motorcycle
    Pemenang: Hills Angels

PILIHAN TETAMU JEMPUTAN

  1. MOONEYES Pick
    Pemenang: Leftgekuht Volkswagen (EJ 3859)
  2. Abah & Sons Pick
    Pemenang: Jontoe Cycle Works
  3. Back Wheel Bitches Pick
    Pemenang: Raja Naqiuddin (A490A) GX71 Cressida
  4. Bangkok Hot Rod Custom Show Pick
    Pemenang: Adipati Bertiga
  5. BBQ Ride Pick
    Pemenang: Adipati Bertiga
  6. Boo Pinstriping Pick
    Pemenang: Adipati Bertiga
  7. Borneo Kustom Show Pick
    Pemenang: Shaun Jonathan Pinto – 1957 356 Speedster Replica
  8. Banzai Racing Equipment Pick
    Pemenang: Datsun Pickup Sanitora
  9. Carcult Pick
    Pemenang: S Maikel Motors Sdn Bhd (FH8511)
  10. Choppa Joop Pick
    Pemenang: Capt Chua (PX5560)
  11. DicE Magazine Pick
    Pemenang: Azhar ST Gambler (PE7665)
  12. Freeflow Pick
    Pemenang: Mitsubishi L200 Cyclone – Kookza Leadership Custom Thailand
  13. Hawgholic Pick
    Pemenang: Azhar ST Gambler (PE7665)
  14. Impact Speed Fest Pick
    Pemenang: Rough World (Rauh-Welt Begriff)
  15. Infinite Pick
    Pemenang: Liberty Walk (Nissan Skyline)
  16. Jetwrench Pick
    Pemenang: Adipati Bertiga
  17. Joey Thai Team Pick
    Pemenang: Nester Bobby Fugo (WV6583)
  18. Kustom Manila Pick
    Pemenang: Omar Jumiran (Pretty Grandma)
  19. Kustomfest Pick
    Pemenang: Omar Jumiran (Pretty Grandma)
  20. Liberty Walk Pick
    Pemenang: Royal Enfield Booth
  21. Ronald Wong Pick
    Pemenang: OGBC Motorsport AKA99
  22. Simon Garage China Pick
    Pemenang: Nissan Hakosuka KPGC10 – Impact Speed Thailand
  23. Suzzy Helmet Pick
    Pemenang: Azhar ST Gambler (PE7665)
  24. Vibes Magazine Pick
    Pemenang: Kabuto
  25. Vise Clothing Pick
    Pemenang: 8BU 1952 (Thanaporn)
  26. Wicked Wallop Pick
    Pemenang: Syukri Yunus (SY1984)
  27. SixtySick Paintlab Pick
    Pemenang: Danish Hafiz (VAG5100)

PILIHAN RAKAN KERJASAMA

  1. Bello Pick
    Pemenang: 70 Motorsport (Nissan Skyline GT-R R34, VLW 70)
  2. Blokees Pick
    Pemenang: Liberty Walk (Nissan Skyline GT-R R34)
  3. Durian Bikers Pick
    Pemenang: Aini Ajib (XMAX 440cc Turbo Charged)
  4. EXN Pick
    Pemenang: Speedy GT402
  5. Harley-Davidson of Malaysia Pick
    Pemenang: Nagid Mustafa (JUU 9913)
  6. Hausboom Pick
    Pemenang: Performance Hauz (NY97)
  7. Hot Wheels Pick
    Pemenang: OGBC Motorsport (AKA99)
  8. IGL Pick
    Pemenang: Nester Baby Fuego (WV6583)
  9. Kopi Saigon Pick
    Pemenang: Aqid Anaqy B. Nor Azmi (BRN74)
  10. Kyosho Pick
    Pemenang: White EK9 (Qartel)
  11. Lambretta Pick
    Pemenang: Mohd Nasir B. Mahmod (NB7405)
  12. PETRONAS Pick
    Pemenang: Mohd Syahril B. Jamaluddin (WDE283)
  13. Qartel TV Pick
    Pemenang: Aini Ajib (XMAX 440cc Turbo Charged)
  14. Royal Enfield Pick
    Pemenang: Omar Jumiran (Pretty Grandma)
  15. Super Sunday Pick
    Pemenang: Shaun Jonathan Pinto – 1957 356 Speedster Replica
  16. Tarmac Pick
    Pemenang: Mr. Ho Datsun Bluebird 510 KPGC (2356-V9)
  17. Thunder Motorcycle Pick
    Pemenang: Adipati Bertiga
  18. Tourism Selangor Pick
    Pemenang: Satren De Silva (ABY1293)
  19. Triumph Pick
    Pemenang: Azbeder90s Triumph T21
  20. Vespa Pick
    Pemenang: Scomadness Motorworks (RAK5006)

PEMENANG AOS 2026 SHOW & SHINE

KATEGORI BASIKAL

  1. Terbaik Open Lowrider
    Pemenang: Lil Jefe x Double Dice Crew
  2. Terbaik Gravel Travel Bike (Sorotan)
    Pemenang: The Pipe Dream Alice
  3. Terbaik Fabrication
    Pemenang: Mohd Ubaidullah (Marvalla 084)
  4. Terbaik Paint
    Pemenang: GT 1981 Outpost – Mohd Zulfahmie
  5. Terbaik Livery Design
    Pemenang: Jeffry – Strike by Fabio Cavili

KATEGORI AUTOMOBIL

KATEGORI AUTOMOBIL

  1. Terbaik Classic Euro
    Pemenang: BMW E38 – QARTEL
  2. Terbaik Modern Euro
    Pemenang: Porsche RWB 997 – YIPYEET
  3. Terbaik USA
    Pemenang: Ford Mustang – 70 Motorsport
  4. Terbaik JDM Pre 2000
    Pemenang: Nissan Skyline KG110 Kenmeri – Mr Longlam
  5. Terbaik JDM Above 2000
    Pemenang: Nissan Skyline R34 GT-R – Azmawie Yasin
  6. Terbaik National Heroes
    Pemenang: Proton Wira Rally Concept – Saiful
  7. Terbaik Radikal
    Pemenang: GBK Silhouette Mercedes W123 – BWB
  8. Terbaik VW Air-Cooled
    Pemenang: VW Beetle RWB – Tanjia Sean
  9. Terbaik Rat Look
    Pemenang: Chevrolet 3100 – Joey
  10. Terbaik Race Car
    Pemenang: Datsun 510 Coupe Racecar – Wadi Faroib Autosport
  11. Terbaik Adventure
    Pemenang: BTB Toyota LandCruiser II – By The Billion
  12. Terbaik Pickup Line (Highlights)
    Pemenang: Mitsubishi L200 Cyclone – Kookza Leadership Custom
  13. Terbaik Wagon
    Pemenang: Toyota KE36 – Faroib Autosport
  14. Terbaik Van
    Pemenang: Toyota Hiace Commuter – Muhammad Nur Fiqri
  15. Terbaik Stance
    Pemenang: Mini Cooper – Muhammad Akif
  16. Terbaik K Car
    Pemenang: Pajero Mini – Mohd Helmi
  17. Terbaik Open Class
    Pemenang: 1957 356 Speedster Replica
  18. Terbaik Wild Colour
    Pemenang: Nissan Skyline R34 GT-R – Azmawie Yasin
  19. Terbaik Interior
    Pemenang: VW Beetle – Demica
  20. Terbaik Engine Bay
    Pemenang: Dodge Charger
  21. Terbaik Rim Set
    Pemenang: Lamborghini Aventador – Rey Genji
  22. Terbaik Lowered
    Pemenang: 1957 356 Speedster Replica
  23. Terbaik Lifted
    Pemenang: Ford Ranger – IGL
  24. Terbaik Livery Design
    Pemenang: Mini Cooper Leica – Andrew Lau
  25. Terbaik Engineering
    Pemenang: Saming – KK Garage
  26. Terbaik Fabrication
    Pemenang: Tiada
  27. Terbaik Paint
    Pemenang: Ford Mustang – 70 Motorsport

KATEGORI MOTOSIKAL

  1. Terbaik Chopper Paradise Above 401cc (Highlights)
    Pemenang: Danish Hafiz (VAG 5100)
  2. Terbaik Chopper Paradise Below 400cc (Highlights)
    Pemenang: Jontoe Cycle Works
  3. Terbaik Cafe Racer Above 401cc
    Pemenang: JD 23 (Norton Domiracer)
  4. Terbaik Jap Style & Tracker Above 401cc
    Pemenang: MACR
  5. Terbaik Jap Style & Tracker Below 400cc
    Pemenang: Jontoe Cycle Works
  6. Terbaik Modern Harley-Davidson
    Pemenang: Performance House (Monarch) – NY97
  7. Terbaik Classic Harley-Davidson
    Pemenang: Bangman (DJ270) – 1981 Electra Glide
  8. Terbaik Classic Scooter
    Pemenang: Achong (Rosax Carbon)
  9. Terbaik Modern Scooter
    Pemenang: Mohd Najib (44 Motor) – 5XK 8608
  10. Terbaik Retro Japanese
    Pemenang: Hair Johari (PAP 2360)
  11. Terbaik All Makes Modern Bike
    Pemenang: Mohd Rahmat (PQT 4606)
  12. Terbaik Classic Continental
    Pemenang: Azbeder 90S
  13. Terbaik Engineering
    Pemenang: Performance House (Monarch) – NY97
  14. Terbaik Fabrication
    Pemenang: Omar Jumiran (Pretty Grandma)
  15. Terbaik Tank Design
    Pemenang: Rachun Motorclubs
  16. Terbaik Paint
    Pemenang: Scomadness Motorworks (RAK 5006)
  17. Terbaik Livery Design
    Pemenang: Mohd Najib (44 Motor) – JXK 8608
  18. Terbaik Open Class
    Pemenang: Omar Jumiran (Pretty Grandma)

The post Art Of Speed Malaysia 2026: ‘Summer Festival’ Kustom Bergaya Sambut Ulang Tahun Ke-15 Dengan Penuh Gaya appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved