Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan ganti Anthony Loke

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 12:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan ganti Anthony Loke

SEREMBAN — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar dilantik secara sebulat suara sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Arul yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Naib Pengerusi DAP Negeri menggantikan Anthony Loke Siew Fook yang melepaskan jawatan itu selepas 22 tahun memimpin parti berkenaan di negeri ini sejak 2004.

Pelantikan Arul Kumar dibuat selepas hanya seorang calon dicadangkan dalam kepimpinan jawatankuasa DAP Negeri Sembilan dan diterima secara sebulat suara.

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau menaruh keyakinan terhadap Arul Kumar dan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu untuk membawa DAP Negeri Sembilan ke era lebih cemerlang.

“Saya yakin AJK baharu di bawah Arul dapat membawa DAP Negeri Sembilan ke era yang lebih cemerlang serta meneruskan kerja kita di setiap kawasan yang diwakili dengan bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Anthony berkata, beliau akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan baharu itu dalam kapasiti sebagai Setiausaha Agung DAP.

“Saya akan berikan sokongan sebagai Setiausaha Agung DAP kepada pimpinan baharu. Saya yakin Arul mampu memikul tanggungjawab ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan ganti Anthony Loke appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved