Arwah Ibu Dikatakan ‘Sepupu’ Pengetua Sekolah Zara Qairina, Fadhlina Sidek Buat Laporan Polis

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 8:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tampil membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Menurut Fadhlina, fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

image is not available

“Setakat tepis dan nafi ternyata tidak menjadi pengajaran. Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya.

Beliau menjelaskan laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan menegaskan tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

image is not available

image is not available

Pada masa sama, Fadhlina mengingatkan agar tiada pihak membuat spekulasi serta menghormati keluarga Allahyarham Zara Qairina sementara menunggu proses undang-undang berjalan.

“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” tegasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-09 13:16:04

"Tiada Kesan Lebam Atau Penderaan Pada Tubuh Zara Qairina" – Dr Janefer Voo