Kes Zara Qairina: Individu Mohon Maaf Dakwa Fadhlina Sepupu Pengetua, Dapat Info Dari TikTok

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 1:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan komen fitnah yang mengaitkan beliau dengan pengetua di sebuah sekolah.

Wanita itu yang menggunakan akaun Facebook Noor Ramzilaa mendakwa komen berkenaan dibuat tanpa menyelidik terlebih dahulu dan maklumat diperoleh daripada siaran langsung seorang pengguna media sosial serta tangkap layar yang dikongsikan di TikTok.

image is not available

“Dengan rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf saya kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah Zara Qairina. Tanpa selidik, saya terus komen macam ni di Facebook.
“Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, saya mengaku saya salah apa yang saya komen ini.
“Sekali lagi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya ini dan saya janji saya tidak akan ulangi lagi perbuatan ini,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

image is not available

Individu Mohon Maaf Dakwa Fadhlina

Terdahulu, Fadhlina telah membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

image is not available

Beliau berkata, fitnah itu lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, selain tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

Sumber: FB Noor Ramzilaa