“Saya janji takkan ulangi lagi” – Individu Mohon Maaf Fitnah Fadhlina Sidek

Entertainment
10 Sep 2025 • 12:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang individu sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mempunyai kaitan dengan pengetua sekolah Allahyarham Zara Qairina, SMKA Tun Datu Mustapha.

Individu merupakan seorang wanita yang menggunakan akaun Facebook dengan nama ‘Noor Ramzilaa’ itu difahamkan telah membuat permohonan maaf dan mengakui tidak menyelidik terlebih dahulu perkara itu.

Dia mendakwa maklumat berkenaan diambil daripada satu siaran langsung seorang pengguna media sosial selain tangkap layar dikongsikan pada TikTok.

image is not available

“Dengan rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf saya kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah Zara Qairina.

Tanpa selidik, saya terus komen macam ni di Facebook. Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, saya mengaku saya salah apa yang saya komen ini.

Sekali lagi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya ini dan saya janji saya tidak akan ulangi lagi perbuatan ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Fadhlina membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Beliau dipetik berkata, fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

 

Sumber: Facebook, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.