“As long as benda tu bukan fitnah” – Norreen Maafkan Orang Yang Lemparkan Kecaman Terhadapnya

Entertainment
11 Aug 2026 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft norreen

Pelakon Norreen Iman memilih untuk memaafkan mana-mana pihak yang melemparkan segala kecaman terhadapnya di media sosial asalkan ia tiada melibatkan sebarang fitnah.

Kata Norreen menerusi Threads, dia tidak tersinggung mahu pun marah tetapi reda kerana dirinya sendiri yang membuka ruang kepada orang awam untuk memberikan pandangan.

Artikel berkaitan : “Harap dia jalankan tanggungjawabnya terhadap anak-anak” –  Kenyataan Norreen Iman Jadi Tumpuan

Artikel berkaitan : “Dia baru umur 8 tahun” –  Kawan Sekolah Panggil Anak Gemuk, Norreen Beri Nasihat Kepada Ibu Bapa

Asalkan bukan fitnah, aku maafkan – Norreen Iman

Screenshot 2026 08 11 165745

Kata Norreen, jika dibandingkan dengan dirinya yang lama, mungkin segala kecaman itu akan dibalas menggunakan kata-kata tajam buat mereka yang mengutuknya. Namun begitu, dirinya kini semakin matang memandangkan dia mempunyai 2 orang anak dan seorang ibu yang harus dijaga, keutamaannya kini adalah kesihatan mentalnya.

Baginya, kesemua itu lebih penting daripada memikirkan segala kecaman dan apa yang diperkatakan oleh orang ramai.

Malah, Norreen juga akhirnya bersuara mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab. Katanya, perkara itu adalah di antara dirinya dengan Yang Maha Esa.

Norreen juga mengatakan yang dia faham dengan bermacam-macam reaksi negatif yang diterima daripada orang ramai dan dia akui itu adalah khilafnya. Malah Norreen juga mengakui bahawa ia tetap salah dan dia akan cuba perbaiki diri lagi.

norreen

Sumber: Threads 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved