Saya maafkan anda semua – Norreen Iman

Entertainment
11 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya maafkan anda semua – Norreen Iman

PETALING JAYA: Pelakon, Norreen Iman mengakui dia tidak terkesan dengan kecaman dan buli siber yang diterimanya daripada pengguna media sosial.

Kata Norreen, netizen berhak menggunakan platform tersebut untuk memberikan pandangan asalkan perkara yang diperkatakan itu bukan fitnah dan bukan berunsur penipuan.

“Saya tak keberatan bila orang hentam, kecam dan membuli hasil perkongsian di media sosial kerana orang akan bercakap berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar.

“Tetapi dakwaan-dakwaan mereka itu adalah tidak benar. Jangan risau, asalkan benda tu bukan fitnah, saya maafkan sahaja. Thread ini hanyalah platform lain untuk orang berkata-kata, melepaskan amarah, menghabiskan masa, also untuk hiburan dan mendapatkan info serta ilmu.

“Kelakar juga apabila melihat diri sendiri menjadi bahan ejekan orang. Apa pun, itulah kehidupan. Kita melalui bermacam-macam cabaran, begitulah juga halnya dengan saya. Korang ini semua penyaksiaan nyata dalam hidup aku dan mungkin sebahagiannya menjadi penceritaan yang ‘best’ dalam perjalanan hidup saya. Ada yang nasihat, ada yang mendoakan.

“Ada yang benci, menyampah, namun maaflah, kita tidak saling kenal satu sama lain. Jadi tenangkan diri anda.
Sabar. Kerana itu mencerminkan siapa anda yang sebenarnya,” ujarnya di Thread.

Norreen sebelum ini mencipta sensasi apabila secara terbuka membuka hijabnya. Pelakon itu turut dikecam kerana mengadakan pertunjukkan fesyen sebuah jenama terkenal tanpa mengenakan tudung.

Norreen dalam masa yang sama enggan mengambil pusing kecaman dan kutukan yang dilemparkan terhadap dirinya dan lebih memilih untuk mengambil pendekatan yang lebih tenang dalam berdepan situasi tersebut.

“Kalau Norreen yang dulu, memang saya hembus balik orang yang kutuk aku. Pergi mampuslah dengan muka kau yang baruah tu. Kau Fazura? Kalau bukan Fazura, kau diam.

“Itu dulu. Sekarang, tidak. Pada tahap ini, sebagai seorang yang sudah berusia 30-an yang membesarkan dua cahaya mata serta ibu yang perlu dijaga selain diri sendiri yang perlu diutamakan, mental yang kena jaga, Kepercayaan yang aku perlu dikekalkan, semua perkara ini lagi penting dari aku nak kena fikir apa yang orang cakap pasal aku,” katanya.

Mengulas tentang perubahan imejnya kepada tidak lagi berhijab, Norreen memaklumkan dia bukan wanita sempurna namun berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik di masa akan datang.

“Tentang perubahan saya, ya itu antara saya dengan Allah. Aku faham ada yang kecewa, marah, sedih, menyampah. Itu khilaf aku. Salah tetap salah.

“Saya bukanlah orang yang mulia. Masya-Allah, La Quwatta Illa Billah. Ini yang ingatkan diri saya selalu.

“Apa pun saya kena lawan diri sendiri. Semoga doa yang baik-baik tu berbalik kepada anda semua. Mana kita tahu, antara 50 orang yang mendoakan, 1 atau dua doa yang diangkat dan dimakbulkan. Jadi berbuat baiklah dengan semua orang,” kongsinya.

The post Saya maafkan anda semua – Norreen Iman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved