Penjawat Awam Dah Boleh ‘Lock’ Tarikh, Tempahan RPP Dibuka 22 September, Ini 14 Lokasi Pilihan

17 Sep 2026 • 12:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penjawat Awam Dah Boleh ‘Lock’ Tarikh, Tempahan RPP Dibuka 22 September, Ini 14 Lokasi Pilihan

Bila masuk hujung tahun, ramai mula menyusun jadual cuti untuk berehat atau meluangkan masa bersama keluarga.

Tempahan RPP dibuka 22 September

Bagi penjawat awam pula, ada kemudahan penginapan yang boleh dimanfaatkan untuk merancang percutian pada harga yang ditetapkan.

Menariknya, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi suku keempat tahun 2026 akan dibuka tidak lama lagi.

Jadi, kalau sudah ada tarikh yang ingin dirancang, jangan lupa tandakan 22 September 2026 dalam kalendar kerana tempahan akan mula dibuka pada jam 12.00 tengah hari.

Tempahan dibuka untuk tempoh penginapan hingga Januari 2027

Menurut Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM), tempahan RPP dan RT yang dibuka pada tarikh berkenaan adalah bagi tempoh penginapan bermula 1 Oktober 2026 hingga 3 Januari 2027.

Kemudahan tersebut terbuka kepada penjawat awam, pesara Kerajaan dan badan berkanun yang layak untuk merancang percutian atau urusan penginapan di beberapa lokasi yang disediakan di dalam dan luar negara.

Antara Rumah Peranginan Persekutuan yang disenaraikan ialah:

  • RPP Pulau Pinang

  • RPP Morib

  • RPP Tasik Kenyir

  • RPP Bukit Fraser

  • RPP Pulau Pangkor

  • RPP Port Dickson

  • RPP Cameron Highlands

  • RPP Labuan

  • RPP Tanjung Tuan, Port Dickson

  • RPP Singapura

  • RPP London

  • Selain itu, beberapa Rumah Tamu turut disediakan, termasuk:

    • RT P11, Putrajaya

    • RT Ang Sen, Kuala Lumpur

    • RT Tanjung Kupang, Johor

    Baca juga:
    Image from: Penjawat Awam Dah Boleh ‘Lock’ Tarikh, Tempahan RPP Dibuka 22 September, Ini 14 Lokasi Pilihan
    Kredit: Facebook Bahagian Pengurusan Hartanah

    Perlu daftar PROMIS terlebih dahulu

    Bagi yang ingin membuat tempahan, pendaftaran dalam sistem PROMIS perlu dilakukan terlebih dahulu.

    Sistem berkenaan digunakan untuk membuat tempahan RPP dan RT serta mengakses perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh BPH.

    Pendaftaran boleh dibuat melalui laman rasmi PROMIS di https://promis.bph.gov.my/

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved