
JAKARTA – Orang ramai di kawasan Pasar Baru, Jakarta Pusat dikejutkan dengan kejadian asap hitam tebal yang tiba-tiba menyembur keluar dari bawah tanah.
Rakaman kejadian itu kemudian tular di media sosial, malah ada yang mula mengaitkannya dengan aktiviti Gunung Anak Krakatau yang sebelum ini dilaporkan mengalami letusan.
Dalam suasana Indonesia yang ketika ini berdepan beberapa kejadian berkaitan aktiviti gunung berapi, tidak hairanlah ramai tertanya-tanya sama ada kepulan asap hitam itu mempunyai kaitan dengan Anak Krakatau.
Rupanya Berpunca Daripada Litar Pintas
Namun, persoalan itu akhirnya terjawab apabila pihak polis mengesahkan kejadian di Pasar Baru tersebut sebenarnya berpunca daripada litar pintas pada pencawang elektrik dan kabel elektrik bawah tanah.
Kejadian itu sempat mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai di kawasan berkenaan sebelum pihak berkaitan mengambil tindakan.
Tiada korban jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan keadaan di lokasi kembali terkawal selepas kerja-kerja pembaikan dilakukan.
Jadi, asap hitam yang keluar dari bawah tanah di Pasar Baru itu memang benar berlaku, tetapi ia bukan berpunca daripada Gunung Anak Krakatau seperti yang disangka ramai. – The Malaysian Update
The post Asap Hitam Tiba-Tiba Keluar Dari Bawah Tanah Di Jakarta, Disangka Punca Anak Krakatau appeared first on The Malaysian Update.





