
JAKARTA – Warga Medan dikejutkan dengan kemunculan asap dari tanah di kawasan sekitar bangunan menempatkan pejabat datuk bandar di kota tersebut, demikian menurut sebuah laman berita.
Situasi itu berlaku pada Jumaat lalu.
Menurut beberapa laporan, keadaan itu dipercayai berpunca daripada masalah pada kabel bawah tanah.
Bagaimanapun, pekerja berkaitan masih melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca asap itu muncul.
Penduduk setempat diminta berwaspada dan mematuhi arahan petugas berkaitan peristiwa ganjil tersebut. – AGENSI
The post Asap muncul dari dalam tanah di Medan appeared first on Kosmo Digital.



