Baru jalan 20 langkah, wanita ‘ghaib’ akibat jerebu

Environment
5 Sep 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Baru jalan 20 langkah, wanita ‘ghaib’ akibat jerebu

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan seorang wanita ‘hilang’ dari pandangan selepas berjalan 20 langkah disebabkan asap tebal daripada kebakaran hutan dan tanah yang melanda kawasan itu, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan wanita terbabit berjalan kaki sambil mengira setiap langkahnya untuk memeriksa ketebalan jerebu. 

Selepas 15 langkah, wanita tersebut mula pudar sebelum hilang sepenuhnya dari pandangan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“20 langkah sudah hilang,” kata seorang netizen. 

“Macam masuk alam lain seperti filem Narnia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Baru jalan 20 langkah, wanita ‘ghaib’ akibat jerebu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved