ASB akan bina terminal pertukaran kru minyak dan gas di Labuan

19 Feb 2023 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Cabang pelaburan kerajaan negeri Sabah yang berpangkalan di Labuan, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), akan membina terminal pertukaran kru bagi industri minyak dan gas di pulau ini.

Ketua pegawai eksekutif ASB Japar Esteban berkata terminal itu yang dilengkapi dengan sistem keselamatan ketat akan dibina di pengkalan.

Beliau berkata ASB telah memperoleh perintah pengecualian daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah, Pejabat Ketua Menteri (Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan [PHEDNP]) pada 22 April 2022, yang memberikan hak kepada syarikat itu untuk membantu pelanggannya mendapatkan kelulusan daripada PHEDNP dan Jabatan Imigresen Sabah untuk keluar masuk pelantar minyak yang terletak di sekitar perairan Sabah.

Japar berkata pengecualian itu terpakai hanya kepada kru kapal yang tidak meningggalkan kapal mereka.

“Perbincangan dengan pegawai PHEDNP dan Jabatan Imigresen mengenai pembinaan terminal tersebut sedang berlangsung, dan ASB berharap dapat melakukan pertukaran kru menerusi jetinya,” katanya kepada Bernama, Sabtu.

Menurutnya, selepas projek itu siap kelak, kakitangan imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan semua agensi berkaitan akan ditempatkan di terminal tersebut.

“Terminal pertukaran kru itu akan membantu meringankan beban Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) yang ketika ini diminta memindahkan krunya ke Pelabuhan Kota Kinabalu untuk mendapatkan pelepasan imigresen sebelum berlepas ke pelantar minyak,” kata Japar.

Beliau berkata terminal tersebut dijangka menyumbang hasil kepada dana kerajaan negeri Sabah dan pada masa yang sama membawakan semula lebih banyak kru minyak dan gas ke Labuan, sekali gus merancakkan sektor perniagaan di pulau tersebut. Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata cadangan pembinaan terminal pertukaran kru itu akan membantu memulihkan ekonomi tempatan.

“Ekonomi Labuan disumbang sebahagiannya oleh kehadiran kru tempatan dan asing daripada sektor minyak dan gas di pulau ini. Kehadiran mereka di pulau ini akan memberi manfaat kepada hotel, restoran dan perniagaan, justeru, pembinaan terminal pertukaran kru akan memberi manfaat kepada ekonomi tempatan dan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan.

Rithuan berkata sebagai pihak berkuasa tempatan, Perbadanan Labuan akan memberikan sokongan penuh dan membantu memudahkan cadangan pembinaan projek terminal tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.