Aslam Kerap Kongsi Video Bersama Umisya Mazlan, Netizen Tanya – “Tak Sakit Mata Ke Marissa Tengok Dorang Ni?”

EntertainmentLifestyle
21 Jul 2025 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hantaran pempengaruh media sosial, Umisya Mazlam mendapat perhatian sejak kebelakangan ini kerana suaminya, Aslam dilihat semakin menunjukkan dirinya yang sebenar.

Berdasarkan hantaran dimuat naik semalam, pasangan tersebut telah mengikut trend TikTok yang berlatar belakang lagu nyanyian Kesha bertajuk ‘Your Love is My Drug’.

Menerusi video tersebut, Aslam dilihat berjoget mengikut muzik lagu berkenaan sambil Umisya di depan hanya menyaksikannya melalui kamera.

 

Marissa tak sakit mata ke?

Sejak kebelakangan ini, Umisya dan Aslam dilihat aktif berkongsi video di media sosial dan perkara itu membuatkan sesetengah netizen menyebut nama isteri keduanya, Marissa Dania.

Mana tidaknya, netizen juga perasan bahawa Marissa sangat jarang berkongsi foto atau video bersama suami dan hal itu membuatkan ramai tertanya-tanya.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, segelintir netizen menasihati Umisya dan Aslam untuk mengurangkan konten bersama kerana risaukan penyakit ain.

Kebahagiaan jgn ditunjuk. Perasaan boleh berubah sekelip mata.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-19 12:48:14

Hantaran TikTok Marissa Dania Raih Perhatian, Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan - "Jika Kamu Tidak Diperjuangkan..."