“Aslam Target 15 Orang Anak” – Umisya Mazlan Syukur Emosi Terjaga Jalani Pantang Kelahiran Anak Ke-4

Family & ParentingLifestyle
1 Jul 2026 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan meluahkan rasa syukur apabila keadaan emosinya sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata keempat berada dalam keadaan baik.

Menerusi sesi Ask Me A Question di Instagram Story (IGs), Umisya menjawab pertanyaan seorang pengikut yang ingin mengetahui keadaan emosinya selepas melalui pelbagai ujian rumah tangga sebelum ini.

Advertisement

aslam umisya

“Alhamdulillah okay saja, sebab akaun Threads saya kena locked.”

Jawapan ringkas itu mengundang perhatian ramai, dengan rata-rata netizen menasihatinya agar mengurangkan aktiviti di media sosial buat sementara waktu dan memberi fokus kepada proses berpantang serta pemulihan diri.

View this post on Instagram

Dalam perkongsian berasingan, Umisya turut ditanya mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata kelima.

Menurutnya, dia mahu berehat seketika selepas kelahiran anak keempat, namun menyerahkan soal rezeki zuriat kepada ketentuan Allah SWT.

Aslam

“Mengikut pada kemampuan dan rezeki yang Allah tentukan. Tapi saya cuti dulu la lepas baby N ni.”

“Tapi Aslam kata 15 orang target,” selorohnya.

Untuk rekod, Umisya dan Aslam mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan kini dikurniakan empat cahaya mata. Pasangan itu pernah berpisah sekitar 2023 sebelum kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Aslam sebelum ini turut pernah berkahwin dengan Marissa Dania sebagai isteri kedua pada Disember 2023 di Songkhla, Thailand. Bagaimanapun, status mereka disahkan bukan lagi suami isteri pada 23 Jun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

s2026-07-01 11:11:34

"Waris Tak Mampu Bayar Kos Urus Jenazah RM1,500, Jenazah Kena 'Sidai' Dibiar Bersemut" - UKJV

The post “Aslam Target 15 Orang Anak” – Umisya Mazlan Syukur Emosi Terjaga Jalani Pantang Kelahiran Anak Ke-4 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved