“Perkara Ni Melibatkan Umisya Dan Anak-Anak Saya Juga” – Aslam Mohon Tiada Lagi Komen Negatif Netizen

23 Jun 2026 • 11:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perjalanan rumah tangga Ahmad Aslam dan pempengaruh Marissa Dania akhirnya sampai ke penghujung apabila pasangan itu disahkan bercerai hari ini.

BACA: Peguam Sahkan Marissa Dania Dan Aslam Akhirnya Sah Bercerai

Menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, Aslam menyifatkan apa yang berlaku sebagai ketentuan terbaik buat dirinya dan Marissa selepas segala proses perbicaraan yang dilalui mereka.

Aslam mohon orang ramai berhenti beri komen negatif

View this post on Instagram

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Bercakap selepas keputusan mahkamah diketahui, Aslam mengakui tidak banyak perkara yang mahu dikongsikan mengenai perpisahan tersebut.

Dia bagaimanapun berharap keputusan itu menjadi jalan terbaik buat mereka berdua untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak berkata apa-apa yang buruk atau negatif tentang.. kadang-kadang perkara ni melibatkan isteri saya, Umisya dan anak-anak saya juga. Jadi kali ni saya dan Marissa pun dah, alhamdulilah Allah dah buat keputusan insyaAllah terbaik untuk kami berdua. Jadi saya minta tak ada apa-apa perkara negatif yang timbul lagi selepas ni.

Dalam kenyataan sama, Aslam turut mengingatkan bahawa setiap komen negatif yang dilemparkan bukan sahaja memberi kesan terhadap dirinya dan Marissa, malah boleh melibatkan isteri pertamanya, Umisya Mazlan serta anak-anak mereka.

aslam

Terdahulu, Aslam dan Marissa hadir secara berasingan ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Aslam sebelum itu turut mengesahkan bahawa dia dan Marissa sudah tidak lagi tinggal sebumbung sementara menunggu keputusan rasmi daripada pihak mahkamah.

aslam

Permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk berkenaan telah difailkan oleh Aslam pada 10 Mac lalu.

Pasangan itu dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebelum hadir ke mahkamah pada Mei tahun lalu bagi proses pengesahan pernikahan mereka.

Perkahwinan tersebut pernah menjadi perhatian ramai kerana Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada Umisya.

Malah, pernikahan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam dan keluarga kedua-dua belah pihak, termasuk ibu bapa Marissa.

Pssttt! Berakhirnya sebuah perkahwinan pasti bukan keputusan yang mudah buat mana-mana pasangan. Semoga Aslam dan Marissa dapat meneruskan kehidupan dengan tenang, sementara orang ramai pula menghormati permintaan mereka dengan tidak mengeluarkan komen yang boleh mengguris hati keluarga serta anak-anak.

Kredit: Instagram xtra_my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Perkara Ni Melibatkan Umisya Dan Anak-Anak Saya Juga” – Aslam Mohon Tiada Lagi Komen Negatif Netizen appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved