Astaka Padu, Kimlun bangunkan projek kediaman bernilai RM450 juta

15 Oct 2026 • 6:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Astaka Padu, Kimlun bangunkan projek kediaman bernilai RM450 juta

PETALING JAYA –  Astaka Padu Sdn Bhd (Astaka Padu) dan Kimlun Corporation Berhad (Kimlun)  mengumumkan kerjasama terbaharu mereka menerusi pembangunan bersama Amora Serviced Residence (ASR), sebuah pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM450 juta.

Ini adalah susulan daripada sambutan pasaran yang amat menggalakkan terhadap projek sebelum ini iaitu, Arden @ One Bukit Senyum.

Menandakan kerjasama kali keempat antara kedua-dua kumpulan berpengalaman dalam bidang pembangunan hartanah dan pembinaan yang berpangkalan di Johor, projek baharu ini akan dilaksanakan menerusi syarikat usaha sama sedia ada mereka, Astaka Kimlun Sdn Bhd.

Usaha sama tersebut mencerminkan hubungan strategik yang semakin kukuh antara kedua-dua syarikat, dengan menggabungkan kepakaran Astaka Padu dalam pembangunan hartanah, penentuan kedudukan produk dan pemasaran bersama keupayaan pembinaan serta pengalaman pelaksanaan projek Kimlun.

Ketua Pegawai Eksekutif Astaka Padu Sdn Bhd, Allen Khong berkata, walaupun terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan pasaran kediaman Johor Bahru kembali ke tahap pertumbuhan yang lebih normal, pihaknya terus melihat permintaan yang kukuh bagi projek yang mempunyai pembezaan produk yang jelas, jaringan perhubungan yang baik, harga yang kompetitif dan tawaran gaya hidup yang menarik.

“Sehubungan itu, kami berbesar hati mengumumkan kerjasama kali keempat kami dengan Kimlun bagi sebuah projek unik yang terletak di lokasi strategik, yang memenuhi keperluan isi rumah lebih besar, pembeli rumah percutian dan keluarga berbilang generasi.

“Kami menjangkakan permintaan yang kukuh daripada kumpulan pembeli sasaran untuk Amora Serviced Residence, berdasarkan konsepnya sebagai Kediaman Percutian Moden dengan Gaya Hidup Berteraskan Taman.

“Dengan lokasinya yang unik bersebelahan taman bandar seluas 15 ekar, jaringan perhubungan yang baik serta integrasi dalam pembangunan Amora Park yang lebih menyeluruh, ASR menawarkan nilai tersendiri dalam pasaran Johor Bahru.

“Kami teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan Kimlun bagi projek ini. Kerjasama kami selama ini telah membolehkan kedua-dua pihak memahami kekuatan masing-masing dengan lebih mendalam dan membentuk hubungan kerja yang berkesan,” katanya dalam kenyataan.

ASR akan dibangunkan di atas tanah komersial pegangan bebas seluas kira-kira 0.98 hektar di Tampoi, Johor Bahru yang mana ia terletak  secara strategik bersebelahan Lebuhraya Pasir Gudang dan sebuah taman bandar seluas enam hektar, pembangunan ini berada kira-kira 15 minit perjalanan dengan kereta dari Stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Bukit Chagar dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

Dalam pada itu,  Pengarah Eksekutif Kimlun Corporation Berhad, Chin Lian Hing menerangkan, pihaknya berbesar hati untuk memperluas kerjasama jangka panjang syarikat dengan Astaka Padu menerusi Amora Serviced Residence.

“Kejayaan daripada kerjasama terdahulu kami telah membuktikan kekuatan pelengkap kedua-dua kumpulan, khususnya menerusi kejayaan pembangunan Arden.

“Menerusi ASR, kami berharap dapat meneruskan model kerjasama yang berjaya ini serta terus menyampaikan pembangunan berkualiti yang memenuhi jangkaan pembeli rumah masa kini yang sentiasa berubah,” ujarnya.”

The post Astaka Padu, Kimlun bangunkan projek kediaman bernilai RM450 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved