Asteel mula fokus projek infrastruktur awam dan pusat data menyerap kesan ketidaktentuan harga keluli

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 4:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Asteel mula fokus projek infrastruktur awam dan pusat data menyerap kesan ketidaktentuan harga keluli Image from: Asteel mula fokus projek infrastruktur awam dan pusat data menyerap kesan ketidaktentuan harga keluli amree11/08/2026 - 16:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 OgosAsteel Group Berhad mula fokus terhadap pelaksanaan projek infrastruktur awam dan pembangunan pusat data (DC) bagi menyerap impak ketidaktentuan harga keluli global.

 

Langkah ini diambil sebagai penampan terhadap sifat pasaran bahan mentah dan kadar tambang penghantaran yang tidak menentu, sekali gus memastikan kemampanan margin keuntungan syarikat.

 

Kumpulan melihat permintaan kukuh daripada sektor swasta dalam pembangunan industri dan DC sebagai peluang kritikal mengimbangi tekanan kos operasi termasuk beberapa projek pembinaan di Sarawak

 

"Usaha perubahan fokus itu dijangka terus menjadi pemangkin utama kepada penyerapan harga produk keluli yang tinggi perlu ditanggung syarikat," kata Asteel dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Ujarnya, bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, strategi daya tahan ini membuahkan hasil apabila mencatatkan lonjakan luar biasa keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 302% kepada RM1.72 juta.

 

Pendapatan Asteel turut naik 20% kepada RM80.6 juta disokong terutamanya oleh volum jualan yang lebih tinggi bagi produk gegelung besi serta peningkatan sumbangan daripada segmen bahan binaan.

 

Asteel_DagangNews2026

 

Keuntungan sebelum cukai (PBT) juga mempamerkan prestasi cemerlang dengan kenaikan 212% kepada RM2.29 juta bagi 2QFY26, mencerminkan pemulihan pantas melalui projek-projek yang sedia ada.

 

"Dari sudut geografi pula, operasi di Sarawak kekal sebagai penyumbang terbesar dengan hasil RM50.01 juta, manakala operasi di Semenanjung Malaysia menyumbang RM30.56 juta," jelasnya.

 

Asteel turut menjangkakan permintaan terhadap produk gegelung, kepingan keluli, dan keluli struktur terus meningkat sepanjang FY26, selari dengan kepesatan pelaburan banyak pihak dalam projek DC.

 

Menyentuh isu pengukuhan struktur korporat, ia sudah meningkatkan ekuiti dalam anak syarikatnya, ASTAR Steel Sdn Bhd sebanyak 11.34%, menjadikan jumlah pegangan keseluruhan mencecah 74.09%.

 

Selain itu, kumpulan tersebut memperuntukkan sebanyak 25.15 juta saham biasa kepada Nippon Steel Corporation berikutan penukaran keseluruhan hak Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus (RCPS).

 

"Mengenai isu perundangan, Asteel masih menilai ruang tersedia untuk mendapatkan semula tunggakan bernilai RM7.7 juta daripada Dynaciate Engineering Sdn Bhd susulan keputusan adjudikasi," katanya. 

 

Proses litigasi ini tidak menjejaskan fokus terhadap pertumbuhan perniagaan teras, dan Lembaga Pengarah optimis kumpulan memberikan prestasi memuaskan bagi separuh kedua 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved