ASUS Mungkin Akan Hadir Dengan ROG Phone 9 FE Untuk Gaming Mampu Milik

TechnologyDigital
29 Oct 2024 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS akan melancarkan siri ROG Phone 9 tidak lama lagi. Ia adalah peranti mercu gaming generasi baharu dengan cip Snapdragon 8 Elite. Peranti ini akan kekal menawarkan ciri Armoury Crate yang boleh melewahjam CPU dan GPU, sistem RGB dan ekosistem aksesori gaming tersendiri. Terbaru, satu peranti lain di bawah siri ini telah ditemui.

Peranti ini adalah ROG Phone 9 FE. Ia dikatakan adalah peranti gaming dengan prestasi mercu tetapi harga mampu. Kod nama peranti ini adalah ASUS_AI2401_N dan ia mungkin hanya ROG Phone 8 yang dipasarkan semula sebagai versi alternatif jika pengguna rasakan ROG Phone 9 lebih mahal.

image is not available

Cubaan Ketua Editor kami Effi Saharudin ketika di Hawaii untuk pelancaran cip Snapdragon 8 Elite, beliau menyatakan yang ROG Phone 9 juga banyak persamaan dengan ROG Phone 8 cuma dengan cip lebih berkuasa sahaja. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut ROG Phone 9 FE tidak lama lagi.