Markah Penanda Aras Intel Wildcat Lake Menunjukkan Ia Pesaing Apple A18 Pro

TechnologyDigital
30 Apr 2026 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran MacBook Neo, Apple memasuki pasaran komputer riba mampu milik yang selama ini didominasi oleh Windows. MacBook Neo dengan spesifikasi paling tinggi masih lebih murah berbanding sebuah iPhone 17e dan lebih murah berbanding komputer riba kelas permulaan kerana menggunakan cip Apple A18 Pro. Ini adalah cip yang pada asalnya direka untuk iPhone.

Image from: Markah Penanda Aras Intel Wildcat Lake Menunjukkan Ia Pesaing Apple A18 Pro

Hari ini markah penanda aras cip Intel Wildcat Lake tertiris mengesahkan ia memang dibangunkan untuk bersaing dengan A18 Pro sekaligus pasaran MacBook Neo. Cip Intel Core 5 320 ini dilengkapi CPU 6 teras terdiri daripada dua teras prestasi Cougar Cove” dan empat teras penjimatan tenaga “Darkmont”.

Dalam ujian Passmark satu teras ia mencatatkan 4047 markah dan dalam ujian multi teras pula 15,222 markah. Markah satu teras ialah setanding dengan A18 Pro tetapi markah multi teras adalah 21% lebih tinggi berbanding A18 Pro.

Intel Core 5 320 menawarkan prestasi lebih tinggi tetapi isu sekarang ialah sama ada pengeluar komputer riba Windows boleh menawarkan produk mereka pada harga yang setanding. Di Malaysia MacBook Neo dijual pada harga RM2499 sebuah dengan waktu menanti untuk memilikinya selepas dibeli ialah hanya 3 minggu.