ASUS ROG Perkenalkan Dua Beg Baharu Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM359

TechnologyGaming
22 Apr 2026 • 6:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ASUS Republic of Gamers (ROG) hadir dengan dua pilihan beg baharu di Malaysia melalui ROG Archer Messenger 14 dan ROG Archer Backpack 16. Kedua-duanya menampilkan reka bentuk bergaya bersama gabungan ketahanan serta keselesaan untuk mereka yang sentiasa bergerak.

image is not available

Bermula dengan ROG Archer Messenger 14, beg ini direka secara kompak dengan ruang yang efisien, tali bahu beralun dan panel belakang berjaring untuk keselesaan di samping dilengkapi sistem MOLLE bagi memberikan kebebasan tambahan. Beg ini juga membolehkan pengguna menyusun kelengkapan dengan mudah melalui ruang simpanan pelbagai fungsi yang tersusun rapi termasuk ruang khas komputer riba.

image is not available

Antara ciri lain terdapat juga poket tersembunyi untuk barangan berharga seperti telefon serta cangkuk berkunci yang memudahkan pengguna mencari kunci dengan cepat apabila diperlukan. Dua tali pengikat dan buckle di bahagian bawah pula membolehkan pengguna membawa kelengkapan tanpa mengambil ruang di dalam beg utama.

image is not available

ROG Archer Backpack 16 pula menawarkan kapasiti lebih besar dengan sokongan muatan komputer riba sehingga 16 inci. Ia menggunakan bahan premium sama seperti Messenger 14 sambil menambah lapisan berzip tersembunyi yang meningkatkan ruang dalaman secara praktikal.

image is not available

Terdapat juga ruang khas untuk komputer riba di samping poket tersembunyi bagi menyimpan barangan berharga. Cangkuk kunci turut diberikan bagi memudahkan pengguna mencari serta menanggalkan kunci dengan cepat. Dua ruang sisi dan tali elastik di bahagian bawah pula memberi pilihan untuk membawa kelengkapan tambahan tanpa menjejaskan ruang utama.

Di Malaysia, Archer Messenger 14 dijual pada harga RM359 manakala Archer Backpack 16 pula berharga RM499.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved