Dyson Perkenalkan Supersonic Travel Hair Dryer Dengan Rekaan Kompak Dan Ringan

TechnologyLifestyle
21 Apr 2026 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dyson baru sahaja melancarkan Supersonic Travel Hair Dryer iaitu pengering rambut bersaiz kompak yang direka untuk mudah dibawa dalam beg tangan dan selamat digunakan di mana sahaja.

image is not available
921, Supersonic Travel, Dyson Beauty

Model ini hadir dengan rekaan 32% lebih ringan dan 25% lebih kecil berbanding generasi sebelumnya. Walaupun kecil, ia masih mengekalkan teknologi intelligent heat control yang mengawal suhu secara tepat bagi melindungi rambut daripada haba melampau. Teknologi ini turut bantu menghasilkan rambut sehingga 138% lebih berkilau kerana suhu udara diukur lebih 100 kali sesaat sekali gus memastikan kesihatan rambut sentiasa terpelihara.

image is not available

Supersonic Travel dilengkapi dengan Automatic Voltage Adaptation yang membolehkan ia menyesuaikan diri dengan standard elektrik di mana sahaja pengguna berada. Dyson menegaskan bahawa prestasi penuh masih dikekalkan tanpa mengira lokasi. Selain itu, ia merupakan satu‑satunya pengering rambut syarikat itu yang menyokong perkongsian aksesori dengan model Dyson Supersonic dan Supersonic Nural sekali gus menjadikannya lebih fleksibel untuk gaya rambut kegemaran pengguna.

image is not available

Teknologi Air Multiplier bersama motor berkelajuan 110,000rpm mampu menghasilkan aliran udara yang kuat. Ia juga dilengkapi dengan ‘Smoothing Nozzle’ yang berfungsi mengeringkan rambut secara lembut untuk mengurangkan kesan kusut. Sementara itu, Dyson menekankan komitmen terhadap sains rambut dan kulit kepala melalui kajian mendalam mengenai kesan haba berlebihan terhadap sensitiviti kulit kepala terhadap perubahan suhu dan kelembapan ketika perjalanan.

Supersonic Travel akan ditawarkan bersama Styling Concentrator Attachment pada harga USD 299.99 (RM1,186) di pasaran terpilih bermula 20 April 2026 dengan pelancaran di Malaysia yang akan menyusul kemudian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved