ASUS Zenbook S 13 OLED Dilancarkan Dengan Bahan Kitar Semula Dan CPU Intel Core Ultra

TechnologyDigital
12 Jan 2024 • 7:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS mengumumkan Zenbook S 13 OLED baharu yang lebih premium, ringan dan berkuasa. Ia juga dibuat daripada bahan mesra alam termasuk logam yang dikitar semula, sekaligus menjadikannya model Zenbook mesra alam pernah dihasilkan ASUS setakat ini.

image is not available

Diikuti juga penutupnya yang dibuat khusus menggunakan bahan aluminium plasma untuk ketahan lebih lama. Seterusnya beberapa bahagian juga telah direka semula bagi menjadikannya lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelum. Dikatakan beratnya hanyalah 1kg.

image is not available

Seperti namanya skrin OLED sebesar 13.3″ digunakan dengan resolusi 3K dan kecerahan puncak 600nits. Diikuti juga dengan nisbah skrin-ke-badan 85%, gamut warna DCI-P3 100% dan pensijilan DisplayHDR True Black 600 sebagai tambahan.

Pilihan CPU pula sehingga Intel Core Ultra 7 155U, yang digabungkan GPU Intel Graphics, memori 32GB LPDDR5X RAM dan storan 1TB PCIe Gen 4 SSD. Bateri 65Wh disediakan menyokong pengecasan pantas 65W. Kemudian terdapat juga kamera web FHD dan pembesar suara diperakui Harmon Kardon.

image is not available

Pelbagai port dan sambungan disediakan yang termasuk 2 X Thunderbolt 4 Type-C, 1 X USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1 X HDMI 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5mm. Tiada harga jualan didedahkan yang sudah semestinya berbeza mengikut rantau.