Asyraf Wajdi, Akmal sah hadir Muktamar Pas Ke-72

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 1:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Asyraf Wajdi, Akmal sah hadir Muktamar Pas Ke-72
Takiyuddin (kanan) meninjau persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 yang kini berada pada tahap kira-kira 90 peratus dan memasuki fasa akhir.

KOTA BHARU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sah akan menghadiri Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 yang akan berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini bermula 2 hingga 5 September ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan kehadiran wakil UMNO pada muktamar Pas bukan perkara baharu.

Beliau berkata, Pas pernah menerima kehadiran pimpinan UMNO pada muktamar sebelum ini, termasuk ketika Muktamar Pas di Pahang pada 2019.

“Sebelum ini di Muafakat Nasional kita hadir dan UMNO juga hadir dalam muktamar kita di Pahang.

“Jadi, untuk kali ini kali kedualah,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat akhir persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Selasa.

Menurut beliau, kehadiran itu turut memperlihatkan bahawa hubungan antara kedua-dua parti bukan sesuatu yang asing dalam sejarah politik semasa.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 kini berada pada tahap kira-kira 90 peratus dan memasuki fasa akhir.

Ujarnya, hari ini merupakan mesyuarat terakhir jawatankuasa sebelum persiapan diteruskan dengan latihan penuh atau raptai selama dua hari bermula Rabu.

“Secara rasminya hari ini mesyuarat terakhir jawatankuasa. Tetapi esok dan lusa kita akan ada raptai sepenuhnya.

“Hari ini saya nak tengok apa-apa lagi yang belum siap sepenuhnya, kita akan selesaikan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved