Asyraf Wajdi Berang Isu Ayam Tak Masak di MRSM TGB, Pelajar SPM Terjejas

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 94

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa marah, kecewa dan terkilan selepas menerima aduan serta gambar daripada pelajar dan ibu bapa mengenai kualiti makanan di Dewan Selera MRSM Tun Ghafar Baba (TGB), Jasin, Melaka.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau memaklumkan aduan yang diterima melalui WhatsApp dan mesej peribadi itu menunjukkan hidangan ayam tidak dimasak dengan sempurna, selain penyediaan makanan yang disifatkan amat mengecewakan.

View on Threads

 

“Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh saya terima sekali kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan anak-anak pelajar.

Apalagi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang sedang menghadapi peperiksaan SPM,” tegasnya.

Asyraf Wajdi menekankan bahawa MRSM Tun Ghafar Baba merupakan antara MRSM terbaik di Malaysia, justeru kebajikan serta kesihatan pelajar tidak wajar dikompromi. Beliau mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA mengambil tindakan tegas serta-merta pada malam kejadian dan mengeluarkan amaran keras.

Sejam selepas arahan diberikan, pelajar yang terjejas dibekalkan makanan alternatif bermasak dari kafe koperasi. Namun, beliau menyifatkan langkah tersebut belum menyelesaikan isu secara tuntas kerana aduan serupa bukan pertama kali berlaku.

 

View on Threads

 

Beliau turut menegur sikap sesetengah kontraktor yang cenderung mengambil sambil lewa tanggungjawab menyediakan makanan berkualiti apabila tempoh kontrak menghampiri penghujung. Syarikat yang cuai, katanya, berdepan risiko disenaraihitamkan daripada menerima sebarang manfaat MARA pada masa depan.

Selain itu, Asyraf Wajdi mengingatkan seluruh kontraktor makanan MRSM agar menjaga keberkatan rezeki serta menjauhi kecurangan, penyimpangan dan penyelewengan yang boleh mengundang kecelakaan hidup jika sumbernya tidak halal dan diberkati.

Beliau menegaskan MARA sebelum ini sudah pun menyaman beberapa syarikat dan tidak akan sesekali berganjak dalam mempertahankan kesihatan serta kebajikan pelajar.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved