Isu Ayam Tak Masak Di MRSM, Dr Asyraf Wajdi Kecewa Dengan Kualiti Makanan Yang Disediakan [Video]

24 Nov 2026 • 5:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial apabila ada ibu bapa yang mendakwa ayam di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tun Ghafar Baba, Melaka tidak dimasak dengan betul.

Dalam foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, turut kelihatan jelas isi ayam masih lagi belum masak.

View on Threads

Asyraf Wajdi kecewa dan marah terima laporan mengenai ayam disediakan untuk pelajar tak masak sepenuhnya

Susulan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa kecewa serta marah sebaik menerima mesej peribadi yang dihantar oleh ibu bapa kepadanya berhubung perkara itu.

Ujarnya daripada gambar yang dihantar, ternyata ayam tidak dimasak dengan betul malah turut menyifatkan ia adalah penyediaan makanan yang amat mengecewakan.

Sifatkan perkara itu libatkan keselamatan dan kesihatan pelajar

“Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh saya terima sama sekali. Kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan anak-anak pelajar.

“Apatah lagi pelajar-pelajar tingkatan lima yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kena ingat MRSM Tun Ghafar Baba adalah MRSM yang terbaik di Malaysia,” jelasnya dalam satu video di media sosial.

Arahkan Bahagian Pendidikan Menengah untuk ambil tindakan tegas kepada kontraktor makanan

Justeru itu, beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah pada malam tadi (23 November) untuk mengambil tindakan tegas untuk menangani isu ini, memberikan amaran keras dan menangani pemakanan anak-anak pelajar.

Beliau kemudian memaklumkan sejam selepas arahan itu dikeluarkan, beliau menerima laporan pelajar yang terkesan sudah pun diberikan makanan alternatif bermasak daripada kafe.

Namun Asyraf menyifatkan perkara itu tidaklah menyelesaikan masalah secara tuntas memandangkan ia bukanlah laporan kali pertama.

Asyraf Wajdi beri amaran tegas kepada kontraktor

“Saya telah pun memberikan amaran yang keras kepada kontraktor-kontraktor terutamanya mereka yang saya dapati sudah menjadi satu trend apabila kontraknya sudah sampai ke penghujung, seringkali meereka mengambil sambil lewa tanggungjawab untuk menyediakan makanan secara berkualiti.

“Ini tidak boleh diterima sama sekali dan perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab. Kena ingat kita boleh ambil tindakan untuk menyenarai hitamkan syarikat-syarikat berkenaan daripada menerima apa juga manfaat daripada MARA untuk masa-masa akan datang.

“Tetapi takutlah kepada yang lebih besar lagi, makna keberkatan. Apabila keuntungan diperolehi daripada kecurangan, penyimpangan dan penyelewengan asbabnya sudah tentu tiada keberkatan. Asbabnya yang lebih parah adalah kecelakaan kepada kehidupan kita apabila sumbernya bukan daripada sumber yang halal dan diberkati” jelas beliau lagi.

Image from: Isu Ayam Tak Masak Di MRSM, Dr Asyraf Wajdi Kecewa Dengan Kualiti Makanan Yang Disediakan [Video]

Turut tegaskan pihaknya dan MARA tidak mengambil isu itu secara sambil lewa

Kata beliau, amaran keras itu ditujukan kepada semua MRSM yang lain khususnya kepada kontraktor-kontraktor penyedia makanan.

Asyraf turut menegaskan perkara itu tidak diambilnya secara sambil lewa, bahkan banyak syarikat-syarikat yang telah pun disaman serta tak akan berganjak dalam meempertahankan kebajikan dan kesihatan pelajar.

Kontrak penyediaan makanan kontraktor terbabit hanya ada sebulan sahaja lagi

Sebelum ini dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik Asyraf memaklumkan dalam semakan yang dilakukan kontrak penyedia makanan terbabit hanya berbaki satu bulan sahaja lagi.

Beliau turut meminta Pengetua untuk melakukan siasatana dengan segera serta tindakan tegas turut diambil pada malam tadi (23 November).

“Kesian anak-anak pelajar yang bukan ramai berkemampuan untuk beli makanan alternatif di kafe atau koperasi. Apatah lagi buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

“Baru beberapa minggu lepas saya melakukan #Terjah di MRSM ini dan beri amaran kepada Penyelia Dewan Selera agar pastikan kualiti makanan yang disediakan menepati piawai yang MARA tetapkan.”

Tak tolak ansur dengan perkara yang libatkan kebajikan pelajar

Beliau turut meminta Pengurusan MARA terutama Bahagian Pendidikan Menengah untuk mengambil tindakan segera pada malam tadi untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Menurutnya ia adalah soal kebajikan pelajar yang tidak boleh tolak ansur. Bahkan kontraktor makanan juga dikenakan penalti serta akan disenarai hitamkan daripada mendapat apa-apa manfaat daripada MARA di masa akan datang.

“Ini keuntungan yang diperolehi daripada hasil yang curang dan menyimpang tidak akan pernah punya keberkatan malah menjadi asbab kepada kecelaruan dan kesengsaraan hidup berterusan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved