Usah pertikai pelajar MRSM mengadu terus kepada saya, saya yang galak! -Asyraf

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 7:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usah pertikai pelajar MRSM  mengadu terus kepada saya, saya yang galak! -Asyraf

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan bahawa beliau sememangnya menggalakkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan mana-mana institusi pendidikan MARA (IPMA) untuk menyampaikan aduan secara terus kepadanya sekiranya berdepan sebarang masalah.

Jangan pertakai aduan terus

Menurutnya dalam satu kenyataan di Facebook,  pendekatan itu membolehkan setiap permasalahan membabitkan kebajikan pelajar diberikan perhatian dan tindakan segera tanpa perlu menunggu terlalu lama.

“Usahlah pertikaikan kenapa anak-anak pelajar MRSM atau mana-mana IPMA yang selesa mengadu terus kepada saya.
Sejujurnya memang saya sendiri galakkan supaya tindakan boleh segera diambil untuk atasi apa jua masalah kebajikan pelajar,” tulisnya.

#

Perkongsian itu hadir ketika isu penyediaan makanan di sebuah MRSM turut menjadi perhatian selepas beberapa pelajar dan ibu bapa MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka dilaporkan mengadu mengenai makanan yang disediakan di dewan selera, termasuk ayam yang didakwa tidak dimasak dengan sempurna.

Terdahulu, Asyraf Wajdi meluahkan rasa kecewa terhadap perkara itu dan memaklumkan sudah meminta pengetua sekolah berkenaan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak kontraktor penyedia makanan.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved