Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?

8 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?

image.png

Susulan pelaksanaan koc tren khas untuk penumpang wanita, kerajaan berhasrat untuk memperluaskan inisiatif keselamatan menerusi perkhidmatan e-hailing khas  untuk wanita, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bercakap di Kongres Wanita DAP pada Ahad lalu, Loke menyatakan beliau telah menggalakkan penyedia perkhidmatan e-hailing secara aktif untuk menawarkan perkhidmatan khusus yang membolehkan penumpang wanita memilih pemandu wanita.

image.png

Malah, Loke turut mendedahkan bahawa beliau telah menggesa gergasi e-hailing, Grab, untuk memperluaskan ciri perkongsian kenderaan (carpooling) khas buat pengguna wanita sahaja.

“Dalam perbincangan saya bersama Grab susulan pelancaran fungsi carpooling baru-baru ini, saya mencadangkan sistem khusus untuk wanita, di mana pemandu dan semua penumpangnya adalah wanita. Perkhidmatan ini adalah eksklusif untuk wanita sahaja dan tidak melibatkan penumpang lelaki langsung," katanya

Beliau urut menegaskan bahawa gangguan seksual kekal menjadi isu utama dan punca aduan dalam kalangan pengguna pengangkutan awam, terutamanya di dalam gerabak tren yang padat.

Untuk makluman, Grab telah mula memperkenalkan ciri ujian "Rides Khas Wanita (Beta)" di beberapa kawasan terpilih di Malaysia.

Fungsi ini memadankan penumpang wanita dengan rakan pemandu wanita, walaupun buat masa ini ia hanya terhad untuk tempahan awal (advance booking).

SUMBER THE STAR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved