HSA siasat dakwaan berlaku gangguan seksual libatkan doktor pakar

LocalHealth & Fitness
5 Sep 2026 • 5:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: HSA siasat dakwaan berlaku gangguan seksual libatkan doktor pakar

JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) sedang menyiasat dakwaan berlaku gangguan seksual melibatkan seorang pakar perubatan di Jabatan Anestesiologi, hospital berkenaan.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam satu kenyataan berkata, pengurusan hospital telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan bagi menjalankan siasatan dalaman berhubung laporan yang diterima, 28 Ogos lalu.

Katanya, siasatan itu berhubung laporan sebuah portal mendakwa terdapat pihak meminta pengadu menarik semula laporan salah laku gangguan seksual berkenaan.

“Siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum tindakan lanjut diambil mengikut garis panduan dan tatacara ditetapkan. Pihak hospital tidak berkompromi terhadap usaha menyembunyikan, menyekat, menekan atau menghalang mana-mana warga kerja daripada membuat laporan berhubung dakwaan gangguan seksual.

“Laporan siasatan dalaman sedang dilengkapkan dan akan diurus selanjutnya mengikut garis panduan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Tambah JKNJ, pihaknya bersama HSA komited memastikan keadilan kepada semua pihak serta ketelusan dan integriti proses siasatan dipelihara pada setiap peringkat bagi menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat dan profesional serta bebas daripada gangguan, intimidasi atau salah laku.-UTUSAN

The post HSA siasat dakwaan berlaku gangguan seksual libatkan doktor pakar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved