Atikah Suhaime Kongsi Detik ‘Meneran’ Waktu Bersalin - “Hampir Putus Asa, Saya Ingat Lyla Mulan Tak Boleh Keluar”

9 Mar 2025 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datin Atikah Suhaime berkongsi momen ketika melahirkan anak perempuannya, Lyla Mulan Teh.
 

Kongsi detik melahirkan Lyla Mulan


Menerusi video pendek yang dimuat naik di Insta Story miliknya merakamkan Atikah dalam proses bersalin dan berusaha ‘meneran’ untuk melahirkan Lyla Mulan.


 


Atikah bagaimanapun menyatakan pada ketika itu, dia hampir berputus asa kerana menyangka anak perempuannya itu tidak boleh ‘keluar’.


 

“Saya hampir berputus asa pada waktu ini dan saya sangka Lyla Mulan tak boleh keluar. Tapi dia berjaya!” coretnya.

 


Terdahulu, Atikah Suhaime selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu.


 


Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Atikah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.


 


Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.