
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta terpakai berjenama mewah daripada suami tersayang, Datuk Lokman Teh.
Gembira dapat hadiah kereta terpakai
“Suami saya belikan kereta second hand, alhamdulillah,” coretnya ringkas.
Netizen suka, puji Atikah tak sombong
“Beb dia tak malu weh laki dia beli kereta second hand je? Omg sumpah i adore with you,”
“Alhamdulillah rezeki.. first time tengok artis mention kereta 2nd , tapi gembiranya macam dia dapat kereta baru,”
“Syukur alhamdulillah, direct je cakap second hand tak ada problem pun, still kereta T20 oi,”
“Suka dengan Atikah ni, humble dan sangat bersyukur dengan apa yang suami dia bagi,”



