ATM akan susun penempatan anggota secara seimbang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 12:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ATM akan susun penempatan anggota secara seimbang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

KOTA TINGGI: Kerajaan akan menyusun semula penempatan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) aktif di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak bagi memastikan keseimbangan kekuatan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini kekuatan anggota ATM di semenanjung adalah dua pertiga, manakala baki satu pertiga ditempatkan di Borneo.

Katanya, sasaran nisbah kekuatan yang mahu ditambah baik bagi mencapai perkara tersebut adalah 50 peratus dikedua-dua kawasan.

“Kita ada lebih kurang 20,000 anggota aktif pada setiap masa. Kita mahu kedudukan anggota di Sabah dan Sarawak itu 50 peratus, sama juga sebanyak 50 peratus di Semenanjung.

“Ini sebagai persediaan kerana mengambilnya kira kedudukan Sabah dan Sarawak yang berhampirannya kawasan berpotensi terkesan dengan konflik setempat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kebimbangan berlakunya konflik melibatkan kuasa tentera susulan pertikaian di Laut China Selatan, khususnya di Pulau Balabac, Filipina dengan China.

Tambah Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, perkembangan aktiviti ketenteraan di Pulau Balabac bukan bermaksud Malaysia melihat kawasan itu sebagai ancaman secara langsung, sebaliknya langkah persediaan perlu diambil.

“Kedudukan Pulau Balabac berhampiran dengan negara kita, walaupun daripada segi saiz dan geopolitik ia kecil, tetapi jika berlaku sebarang pertikaian atau pertempuran di kawasan itu, kesannya boleh melibatkan negara ini.

“Oleh itu, Malaysia perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan. Jika berlaku pertempuran mungkin ramai pihak akan lari datang ke tempat kita sekirannya tiada benteng pertahanan,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut memberitahu pihaknya sedang mempertimbang untuk melakukan pembelian peluru berpandu baharu bernilai antara RM700 juta hingga RM1 bilion susulan kegagalan jual beli bersama pembekal Naval Strike Missile (NSM) dari Norway.

“Tindakan saman akan diteruskan, tetapi syarikat itu dan juga kerajaan Norway seolah-olah sengaja melengah-lengahkan urusan ini. Mereka dilihat seperti lepas tangan. Urusan ini mungkin akan memakan tempah masa yang lama.

“Sehubungan itu, adalah penting untuk kita lihat pembelian baharu daripada beberapa pihak dan negara antarabangsa lain. Perkara ini perlu disegerakan kerana pembelian peluru berpandu memakan masa bertahun-tahun kerana ia perlu ditempah dan bukan melibatkan produk sedia ada,” katanya.-UTUSAN

The post ATM akan susun penempatan anggota secara seimbang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved