Mindef seimbang penempatan anggota ATM

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 1:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mindef seimbang penempatan anggota ATM

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan penempatan anggota Angkatan Tentera (ATM) secara lebih seimbang, khususnya di Sabah, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pertembungan kuasa besar di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyusunan itu membabitkan kira-kira 20,000 anggota ATM yang sentiasa bersiap sedia berikutan kedudukan geografi Sabah yang berhampiran kawasan berpotensi berlaku konflik.

Menurutnya, langkah itu merupakan persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan impak limpahan konflik dari luar, khususnya susulan peningkatan aktiviti ketenteraan di Pulau Balabac, Filipina yang terletak berhampiran sempadan Sabah.

“Kini, dua pertiga anggota ada di Semenanjung, manakala satu pertiga di Sabah. Kita ada lebih kurang 20,000 anggota dan mahu ia seimbang di Sabah dan Sarawak (50 peratus), manakala di Semenanjung juga 50 peratus. ,”katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi di Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, langkah tersebut bukan kerana pihaknya khuatir dengan peningkatan ketenteraan di Pulau Balabac, sebaliknya mengambil kira kedudukan pulau berkenaan yang terlalu hampir dengan Malaysia.

“Yang saya nak tekankan ialah apabila Filipina meningkatkan pangkalan dan kehadiran tentera Amerika dan sebagainya di Pulau Balabac, oleh kerana pulau itu terlalu dekat dengan Malaysia.

“Jika berlaku apa-apa pertikaian atau pertempuran di kawasan itu yang kecil dari segi geografinya, kesannya boleh melimpah ke Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Mindef seimbang penempatan anggota ATM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved