"Atuk Doakan..," PMX Tunaikan Permintaan Kanak-Kanak Minta Doa Sebelum Pembedahan

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 10:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Atuk Doakan..," PMX Tunaikan Permintaan Kanak-Kanak Minta Doa Sebelum Pembedahan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian apabila menitipkan doa buat seorang kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Ammar Izdiyad yang bakal menjalani pembedahan berkaitan tonsilitis.

Momen menyentuh hati itu tercetus selepas ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Hawa Jamaluddin berkongsi sebuah video di Threads yang memaparkan anaknya ingin mendapatkan doa daripada Perdana Menteri.

Menurut Siti Hawa, anaknya bersungguh-sungguh meminta supaya dia merakamkan video berkenaan untuk disampaikan kepada Anwar.

"Ada orang tu nak minta tolong PMX doakan dia sebab dia nak kena jalani pembedahan tonsillitis.

"Bersungguh-sungguh suruh rakamkan video dia nak bagitahu dekat PMX, bercakap pun tak cukup nafas tu.

"Mohon doa dari acik uncle semua jugak untuk Muhammad Ammar Izdiyad ya," katanya.

Dalam perkongsian sama, Siti Hawa turut memaklumkan bahawa doktor menjelaskan pembedahan berkenaan agak berisiko buat anaknya.

"Semoga Allah mudahkan semuanya dan diberi kesembuhan untuk Ammar," ujarnya.

PMX tunaikan permintaan, gelar diri sebagai 'atuk'

Sementara itu, permintaan kanak-kanak berkenaan akhirnya mendapat perhatian Anwar yang tampil memberikan respons menerusi sebuah video.

Lebih menyentuh hati, Perdana Menteri turut menggelarkan dirinya sebagai 'atuk' ketika menyampaikan doa dan kata-kata semangat buat Ammar.

Baca juga:

"Assalamualaikum Ammar, atuk doakan InshaAllah berjaya dalam pemeriksaan dan pembedahan. Syafakallah, kita doa pada Allah mudah-mudahan sihat. Okay, Ammar?

"Doa dan sihat sebaiknya," katanya.

Respons tersebut sekali gus mencuri tumpuan netizen, yang terharu dengan doa diucapkan Anwar.

Semoga segala urusan pembedahan Ammar dipermudahkan dan dikurniakan kesembuhan serta kesihatan yang baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved