[VIDEO] ‘Atuk doakan Ammar berjaya pembedahan’

LocalHealth & Fitness
19 Oct 2026 • 8:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Atuk doakan Ammar berjaya pembedahan’

PETALING JAYA – Permintaan seorang kanak-kanak lelaki yang memohon Perdana Menteri untuk mendoakannya menjalani pembedahan tercapai, apabila ia dipenuhi Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu rakaman video di media sosial.

Pada mulanya ibu kanak-kanak tersebut, Siti Hawa Jamaluddin memuat naik rakaman video anaknya, Muhammad Ammar Izdiyad pada akaun Thread yang kemudian dibalas oleh Anwar pada ruangan komen.

“Ada orang tu request (minta), nak minta tolong PMX doakan dia sebab dia nak kena jalani pembedahan tonsillitis. Bersungguh-sungguh suruh rakamkan video dia nak bagitahu dekat PMX, bercakap pun tak cukup nafas tu.

“Mohon doa dari acik uncle (pak cik) semua juga untuk Muhammad Ammar Izdiyad ya. Doktor cakap pembedahan ni agak berisiko untuk Ammar, semoga Allah mudahkan semuanya dan diberi kesembuhan untuk Ammar,” katanya wanita itu menerusi hantaran hari ini.

Pada video berkenaan, Muhammad Ammar memaklumkan, dia dimasukkan ke wad hari ini bagi menjalani pembedahan tersebut.

“Assalamualaikum PMX. PMX sihat ke tu? Saya Ammar, nak masuk wad 19 haribulan ni. PMX boleh doakan saya? Saya nak operation (pembedahan) dah ni,” katanya.

Dalam masa sama, Anwar pada video balasan berkata, beliau mendoakan Muhammad Ammar dapat menjalani pembedahan dengan selamat dan diberi kesembuhan oleh Allah.

“Assalamualaikum Ammar, atuk doakan insya-Allah berjaya dalam pemeriksaan dan pembedahan. Syafakallah, kita doa pada Allah mudah-mudahan sihat. Okey Ammar, doa dan sebaiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] ‘Atuk doakan Ammar berjaya pembedahan’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved