‘PMX boleh doakan saya?’ – Permintaan Ammar sebelum pembedahan dapat respons Anwar

LocalHealth & Fitness
19 Oct 2026 • 6:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Muhammad Ammar Izdiyad memohon doa daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum menjalani pembedahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa buat seorang kanak-kanak, Muhammad Ammar Izdiyad, yang bakal menjalani pembedahan selepas menerima permintaan khas daripada kanak-kanak berkenaan.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di media sosial, Ammar dilihat bersungguh-sungguh menyampaikan pesanan kepada Anwar, atau lebih mesra disapa PMX, agar mendoakan urusan pembedahannya dipermudahkan.

“Assalamualaikum PMX, saya Ammar. Saya nak masuk wad, nak operation dah ni. PMX boleh doakan saya?” katanya menerusi rakaman tersebut.

Menurut hantaran yang dikongsikan ibunya, Ammar sendiri meminta supaya dirinya dirakam ketika menyampaikan pesanan itu meskipun kelihatan mengalami kesukaran untuk bercakap dengan lancar.

View on Threads

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan bakal menjalani pembedahan berkaitan masalah tonsilitis atau radang tonsil.

Ibu kepada Ammar turut memaklumkan bahawa doktor telah menjelaskan prosedur pembedahan berkenaan mempunyai risiko tertentu terhadap Ammar.

“Bersungguh-sungguh suruh rakamkan video dia nak bagitahu dekat PMX, bercakap pun tak cukup nafas tu.

“Mohon doa dari acik uncle semua juga untuk Muhammad Ammar Izdiyad ya.

“Doktor cakap pembedahan ni agak berisiko untuk Ammar, semoga Allah mudahkan semuanya dan diberi kesembuhan untuk Ammar,” menurut hantaran tersebut.

Permintaan kanak-kanak itu kemudian mendapat respons daripada Anwar yang turut menitipkan doa agar urusan pembedahan serta peperiksaan Ammar berjalan lancar.

“Atuk doakan, insya-Allah berjaya dalam peperiksaan dan pembedahan. Syafakallah, kita berdoa kepada Allah mudah-mudahan sihat. Doa sebaiknya,” katanya.

The post ‘PMX boleh doakan saya?’ – Permintaan Ammar sebelum pembedahan dapat respons Anwar appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved