Audemars Piguet dan Swatch Akan Melancarkan Jam Tangan Royal Pop Mampu Milik

Business & FinanceLifestyle
11 May 2026 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hukum fizik mengatakan minyak tidak bercampur dengan air. Jenama mewah pula lazimnya tidak bekerjasama dengan jenama mampu milik bagi menjaga prestij mereka. Tetapi pagi ini jenama jam tangan mewah Audemars Piguet mengesahkan kerjasama dengan jenama jam tangan mampu milik Swatch.

Image from: Audemars Piguet dan Swatch Akan Melancarkan Jam Tangan Royal Pop Mampu Milik

Kerjasama Audemars Piguet x Swatch ini akan menghasilkan jam tangan di bawah siri Royal Pop. Berdasarkan video yang telah dikongsi, ia sebuah jam tangan mekanikal yang mungkin menggabungkan rekaan ikonik AP Royal Oak dengan rekaan lebih santai sinonim dengan jenama Swatch. Royal Pop akan dilancarkan pada 16 Mei hadapan.

Imej rasmi Royal Oak belum lagi diperlihatkan tetapi wujud ramalan Royal Pop akan ditawarkan dalam pelbagai warna pelangi yang lebih ceria berbanding Royal Oak biasa. Siri Royal Oak sudah ditawarkan sejak 1972 dengan ia dikaitkan dengan kemewahan kerana dijual pada harga bermula sekitar RM 28,000 dan meningkat ke ratusan ribu ringgit. Ura-ura mengatakan Royal Pop menyasarkan jualan pad harga antara $200-$400 seutas.

View this post on Instagram

Ini ialah kali kedua Swatch bekerjasama dengan jenama mewah selepas sebelum menawarkan Speedmaster Moonwatch bersama Omega pada tahun 2022.