Augusto Fernández Manfaatkan Sprint Assen Untuk Kumpul Data Penting Yamaha

28 Jun 2026 • 5:19 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Augusto Fernández Manfaatkan Sprint Assen Untuk Kumpul Data Penting Yamaha

ASSEN, Belanda – Pelumba ujian Yamaha Factory Racing, Augusto Fernández, meneruskan program pembangunan jentera Yamaha YZR-M1 apabila menggunakan perlumbaan Sprint MotoGP Grand Prix Belanda di TT Circuit Assen sebagai platform mengumpul data perlumbaan yang penting.

Menyertai perlumbaan sebagai penyertaan wildcard, Augusto Fernández memulakan aksi dari petak ke-20 sebelum menamatkan perlumbaan 13 pusingan di kedudukan ke-18 selepas pertarungan sengit sepanjang perlumbaan dalam cuaca panas.

Pelumba Sepanyol itu mengekalkan kedudukannya pada pusingan pertama sebelum dipintas Cal Crutchlow pada pusingan ketiga. Namun, situasi itu memberi peluang terbaik kepada Yamaha untuk mengumpul maklumat mengenai prestasi motosikal dalam keadaan perlumbaan sebenar apabila Augusto Fernández menghabiskan sebahagian besar Sprint mengekori bekas pelumba MotoGP tersebut.

Image from: Augusto Fernández Manfaatkan Sprint Assen Untuk Kumpul Data Penting Yamaha

Augusto Fernández akhirnya berjaya memintas Crutchlow pada pusingan ke-12, selain turut memperoleh satu lagi kedudukan selepas seorang pelumba lain terjatuh pada pusingan sama. Beliau melintasi garisan penamat di tempat ke-18 dengan catatan 29.001 saat di belakang pemenang perlumbaan.

Image from: Augusto Fernández Manfaatkan Sprint Assen Untuk Kumpul Data Penting Yamaha

Menurut Augusto Fernández, keadaan cuaca yang panas memberikan cabaran kepada semua pelumba, namun beliau mengakui masih bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik di litar yang sebenarnya antara kegemarannya.

“Secara keseluruhan semua pelumba bergelut dalam cuaca panas ini, tetapi saya juga menghadapi kesukaran lebih daripada yang saya jangkakan di litar yang saya sukai. Saya masih bergelut untuk menghampiri prestasi jentera Yamaha yang lain.

“Dalam sesi ujian, kami tidak banyak memberi tumpuan kepada tetapan motosikal. Jadi apabila berada di hujung minggu perlumbaan seperti ini, saya cuba menyesuaikan motosikal mengikut gaya tunggangan saya supaya boleh menjadi lebih pantas sedikit demi sedikit kerana itulah tujuan utama perlumbaan sebenar.

“Kita lihat sama ada esok kami dapat membuat satu lagi peningkatan. Sasaran saya adalah untuk berada lebih hampir dengan pelumba Yamaha yang berada di hadapan,” katanya.

Yamaha Factory Racing akan kembali ke litar pada Ahad untuk sesi Warm Up sebelum perlumbaan utama Grand Prix Belanda yang dijadual berlangsung sejauh 26 pusingan.

The post Augusto Fernández Manfaatkan Sprint Assen Untuk Kumpul Data Penting Yamaha appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved