Nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perhatian di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tular di Threads.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum serta mendoakan agar kedua-duanya terus dikurniakan kesihatan yang baik.
Antara komen yang mencuri perhatian datang daripada seorang pengguna yang berkongsi pengalaman pernah menghadiri sebuah persidangan yang menampilkan Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang penceramah.
“I pernah pergi conference and he was one of the speakers. I duduk depan2 dgn dia. It felt almost surreal to be sitting infront of him. The moment he walked into the hall mmg rasa goosebumps. You could literally feel his presence filling the entire room ye. Semua yang bising tadi senyap. Itulah aura Tun M yg takde kat orang lain. Semoga Tun M panjang umur dan diberi kesihatan yg berpanjangan. Amin.”
Dalam masa sama, ada juga netizen yang mengakui berasa sebak melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah kini menggunakan kerusi roda, namun menyifatkan keadaan itu sebagai lumrah apabila usia semakin meningkat.
View this post on Instagram
“Sedihnya tgk tun M dan isteri dah berkerusi roda.”
Seorang lagi pengguna pula mengingatkan bahawa Tun Dr Mahathir kini telah melepasi usia satu abad.
“101tahun what to expect.”
Selain itu, ramai turut menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai antara tokoh yang banyak meninggalkan kesan dalam sejarah negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pilih Menara Merdeka Maybank Lancar Produk Ke-4, Khairul Aming Terus Membanggakan Negara
The post “Aura Tun M Tak Sama Dengan Orang Lain” – Perkongsian Netizen Tentang Tun Dr Mahathir Raih Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






