Netizen tak keruan ‘zoom’ telefon Syed Saddiq, foto Bella Astillah di belakang ‘casing’ jadi perhatian

6 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi momen dengan tunangnya, pelakon Bella Astillah.

Image from: Netizen tak keruan ‘zoom’ telefon Syed Saddiq, foto Bella Astillah di belakang ‘casing’ jadi perhatian

Terbaharu, menerusi perkongsian semula hantaran Bella di Threads, pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama selepas selesai melakukan aktiviti larian sambil menikmati sarapan.

“Saya dapat buat 5km sahaja, terima kasih teman lari.
“Dia pula masih senyum walaupun dah lari 21km,” tulis Bella

Bagaimanapun, bukan menu sarapan mahupun kemesraan mereka selepas berlari yang menjadi perhatian utama warganet. Sebaliknya, mata netizen tertumpu kepada sesuatu yang lain iaitu foto yang kelihatan diselitkan di bahagian belakang casing telefon bimbit milik Syed Saddiq.

“Comelnya YB sarapan dengan Bella selepas berlari, tapi mata aku perasan sesuatu,” tulis netizen.

Image from: Netizen tak keruan ‘zoom’ telefon Syed Saddiq, foto Bella Astillah di belakang ‘casing’ jadi perhatian

Susulan itu, ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi komen daripada warganet yang tidak melepaskan peluang untuk ‘zoom’ gambar tersebut bagi melihat dengan lebih jelas foto yang dimaksudkan.

Rata-rata mereka turut menyifatkan tindakan Syed Saddiq meletakkan foto bersama Bella di belakang casing telefon sebagai satu perkara yang manis, malah dianggap sebagai tanda hubungan pasangan itu semakin rapat.

Ada rupanya geng zoom

Image from: Netizen tak keruan ‘zoom’ telefon Syed Saddiq, foto Bella Astillah di belakang ‘casing’ jadi perhatian

Laki nerd kalau bercinta memang all out

Image from: Netizen tak keruan ‘zoom’ telefon Syed Saddiq, foto Bella Astillah di belakang ‘casing’ jadi perhatian

Siap terbalikkan telefon

Image from: Netizen tak keruan ‘zoom’ telefon Syed Saddiq, foto Bella Astillah di belakang ‘casing’ jadi perhatian

Artikel lain: Bella Astillah terharu Syed Saddiq pakai tali leher pemberiannya setiap kali ke mahkamah

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq sebelum ini telah mengikat tali pertunangan menerusi sebuah majlis yang berlangsung pada 28 Mac lalu.

Pasangan berkenaan juga pernah memberikan bayangan bahawa mereka bakal melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan itu dalam tempoh terdekat.

Sumber: Threads blushbae.my

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved