Tun M, Tun Siti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-70 

6 Aug 2026 • 9:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tun M, Tun Siti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-70 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-70 Selasa lalu, mencatatkan tujuh dekad perjalanan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

Meraikan detik istimewa itu, anak pasangan berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkongsi ucapan penghargaan serta doa buat kedua-dua ibu bapanya menerusi media sosial.

Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air mendoakan agar kedua ibu bapanya terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan semangat serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-70. Semoga Allah SWT terus memberkati kalian berdua dengan kesihatan yang baik, semangat yang kuat serta kebahagiaan di dunia dan akhirat,” tulisnya.

Perkongsian itu yang disertakan dengan tanda pagar #livelong dan #loveforever menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

Ramai menyifatkan ikatan perkahwinan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai contoh kesetiaan, kasih sayang serta kebersamaan yang kekal utuh, walaupun menempuh pelbagai pancaroba kehidupan.

Warganet turut menitipkan ucapan tahniah dan doa agar pasangan itu terus dikurniakan kesihatan, keberkatan serta kebahagiaan dalam meniti usia emas mereka. - Getaran, 6 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved