“Awak Tak Ada Dalam Kasut Saya..” – Hafiz Suip Berang Individu Komen Minta Jangan Gelabah Bila Difitnah

6 Jun 2024 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah lama menyepi, penyanyi Hafiz Suip kembali menjadi perhatian netizen apabila dia tampil membidas komen individu yang meminta dirinya untuk menguatkan mental dan tidak mudah sentap apabila dikecam atau difitnah orang lain.

Main media sosial nak tengok benda positif

Tidak berdiam diri, penyanyi ini membalas komen individu berkenaan yang memintanya untuk bertenang apabila dituduh oleh netizen. Katanya, Hafiz tidak perlu ‘gelabah’ sekiranya dia benar-benar tidak melakukan hal tersebut.

Satu lah nak tanya lah kak, kau guna media sosial ini memang untuk kutuk orang ke? Main media sosial aku nak tengok yang positif saja bukan benda-benda b*ngs*t.

@hafizsuip90 Assalamualaikum!!!! Jangan lupa tengok full video dekat youtube hafizsuipchannel!! #terusbersinar #hafizsuipjourney #hookingtime ♬ original sound – Hafizsuip

Tak berada dalam situasi sama

Dalam pada itu, penyanyi lagu Awan Nano ini turut berpendapat individu yang meninggalkan komen tersebut tidak berada dalam situasi sepertinya jadi tidak wajar untuk menghukum tindakannya.

Jangan kak, awak tak ada dalam kasut saya, semoga dipermudahkan urusan.

 

Kata lah ada orang tuduh akak dah hilang dara, akak boleh terima tak? Kalau akak dah kahwin lain cerita lah.

image is not available

Terdahulu, Hafiz telah menjadi bualan ramai apabila didakwa rumah tangga dengan isterinya sedang goyah. Ada juga yang berkata punca pergolakan tersebut adalah kerana penyanyi ini telah mengabaikan tanggungjawab.

image is not available 2 days ago

"Netizen Sempat Ke Nak Minta Maaf Dekat Aku?" - Hafiz Suip Anggap Rakan Sekolah Memahami, Tak Tuduh Bukan-Bukan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved