“Malaikat pun bingung” – Netizen Malaysia Pelik Lihat Penyanyi Indonesia Nyanyi Lagu Ketuhanan Tapi…

Entertainment
5 Jun 2024 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasanya kalau ada kumpulan atau individu menyanyikan lagu-lagu ketuhanan atau nasyid, sudah semestinya penampilan mereka sopan dan menutup aurat.

Namun lain pula yang berlaku di negara seberang apabila tular sebuah video memaparkan aksi seorang penyanyi wanita memakai skirt pendek ketika menyanyikan lagu berunsur ketuhanan di atas pentas.

Lagu itu jika didengar ia sepertinya mengajak orang ramai untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Namun penyampaian lagu tersebut seperti menyanyikan lagu dangdut membuatkan rata-rata netizen bingung apabila melihatnya.

“Lagu nasyid pun didangdutkan”

Rata-rata netizen Malaysia yang melihat video ini meluahkan rasa pelik mereka, namun ada juga yang mengatakan bahawa ia merupakan budaya orang ‘di sana’ untuk menyanyikan lagu nasyid yang telah didangdutkan.

Ia dikenali sebagai ‘Sholawat dugem’ dan ia juga agak terkenal di negara seberang.

image is not available

Apa pendapat korang lepas tengok video tu? Confused min jadinya.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.