
HULU TERENGGANU: Gajah yang diberi jolokan ‘Awang Kolam’ yang ditangkap di Kampung Kolam, Ajil, di sini, dijangka dipindah dan dilepaskan ke habitat asalnya esok, selepas kerja persediaan operasi berkenaan disiapkan hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, operasi pemindahan gajah berkenaan dicadangkan dilaksanakan esok bergantung kepada kesiapsiagaan persediaan serta keadaan cuaca semasa.
“Gajah liar yang ditangkap itu berada dalam keadaan sihat. Kerja-kerja persediaan bagi operasi pemindahan termasuk kehadiran gajah denak serta kawasan pemunggahan dijangka siap hari ini,” katanya dalam di sini.
Katanya, gajah terbabit kemudiannya dilepaskan ke habitat asal bagi memastikan keselamatan haiwan berkenaan serta mengurangkan risiko konflik antara hidupan liar dengan manusia.
Pada 10 September lalu, Perhilitan menerima aduan mengenai kehadiran gajah liar berkenaan di kawasan kampung tersebut sebelum ditangkap keesokkannya. – UTUSAN
The post ‘Awang Kolam’ pindah habitat asal esok appeared first on Utusan Malaysia.




![[VIDEO] Rambai, Cheri bantu Sulong dipindah ke Taman Negara Terengganu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-17.22.20.jpeg)

