Gajah sesat Manir dipulangkan ke habitat asal esok

Environment
24 Aug 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gajah sesat Manir dipulangkan ke habitat asal esok

KUALA NERUS – Seekor gajah liar yang ditangkap selepas menggemparkan Kampung Pengkalan Gelugor, Jeram, Manir di sini kelmarin akan dipindahkan ke habitat asalnya esok.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, persediaan untuk memindahkan gajah betina tersebut sedang giat dilakukan.

“Haiwan liar tersebut dalam keadaan tenang hasil bantuan gajag denak. Keadaannya juga sihat selepas diberi makan batang pisang

“Jika tiada asal melintang, gajah tersebut akan dilepaskan ke habitat asalnya esok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, Choon Yung menasihatkan orang awam supaya tidak menghampiri gajah liar berkenaan serta tidak berada di dalam kawasan operasi pemindahan. – KOSMO! ONLINE

The post Gajah sesat Manir dipulangkan ke habitat asal esok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved