“Awat Tak Cas Sekali Surat Khabar?” – Ambil Kuah Lebih Kena Cas, Netizen Persoal Tindakan Kedai Makan Ini

28 Jun 2022 • 11:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Viral di TikTok satu rakaman video menunjukkan perselisihan faham di antara seorang pelanggan dan pekerja kedai makan.

Dalam video itu, dapat dilihat pelanggan dan pekerja bertengkar mulut dipercayai akibat bayaran yang dikenakan untuk kuah.

https://www.tiktok.com/@faraysoff/video/7113842439521045786?_t=8TWhTKpoWAr&_r=1

Pengguna TikTok @faraysoff yang memuatnaik rakaman itu mempersoalkan adakah kuah tidak perlu dikira. Mereka sebagai peniaga mengambil kira kos termasuk santan dan rempah ratus untuk memasak sesuatu hidangan.

image is not available

image is not available

Perkongsian itu ternyata mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Rata-rata turut terkejut kerana mereka sendiri tidak pernah dikenakan bayaran untuk kuah melainkan dibungkus dalam kuantiti yang banyak.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan ribuan komen daripada pengguna media sosial.

Dari pihak peniaga, kalau dah bungkus asing tu memang patut kena cas la kan, tambahan pula harga barang sekarang ni mencanak naik. Apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.