[VIDEO] Kecoh Pelanggan Bergaduh di Restoran Siap Acu Pisau, Tindakan Lelaki Ini Dapat Pujian Netizen

Entertainment
2 Jun 2022 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kadangkala, perselisihan faham yang kecil boleh membawa kepada sesuatu yang besar, boleh jadi sehingga menimbulkan pergaduhan.

Begitulah yang terjadi baru-baru ini di sebuah restoran di utara semenanjung apabila seorang lelaki bertindak mengacukan pisau kepada pekerja kedai makan hanya kerana tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kerana pelanggan kedai tersebut naik angin apabila pesanannya lambat diambil, seterusnya perkara bertukar genting apabila dia bertindak mengacukan pisau kepada pekerja restoran itu.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, pertelingkahan itu dilihat dapat dileraikan apabila seorang lelaki berbangsa India yang dipercayai juga pelanggan kedai itu dengan tenang mengambil pisau tersebut sebelum menenangkan mereka berdua.

“Nasib baik ada bro tu!”

Video tersebut sememangnya menarik perhatian netizen, walaupun video itu bermula dengan adegan yang berbahaya, namun kesudahannya membuatkan ramai netizen memuji tindakan berani lelaki tersebut.

Malah, ramai juga yang kagum dengan tindakan pantas lelaki India tersebut dan menyelamatkan mereka yang bergaduh itu dari ditahan pihak polis.

image is not available

Apa-apapun jangan cepat melenting dan fikir dengan rasional ok?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.