AWC peroleh subkontrak RM39.7 juta bagi pusat data berskala mega di Port Dickson

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 5:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AWC peroleh subkontrak RM39.7 juta bagi pusat data berskala mega di Port Dickson Image from: AWC peroleh subkontrak RM39.7 juta bagi pusat data berskala mega di Port Dickson sarah14/10/2026 - 17:32 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Okt -  AWC Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Qudotech Sdn Bhd, memperoleh subkontrak bernilai RM39.7 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi kerja-kerja sistem bekalan air dan perkhidmatan sanitari untuk projek pusat data berskala besar di Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Kontrak itu merangkumi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem air sejuk, penuaian air hujan, rangkaian pengagihan air, pili bomba serta perkhidmatan sanitari.

 

Menurut makluman AWC kepada Bursa Malaysia, subkontrak itu bernilai tetap RM39.7 juta, termasuk semua kos, caj dan cukai kecuali cukai perkhidmatan pembinaan.

 

Kerja-kerja berkenaan bermula pada 14 Ogos 2026, dengan penyiapan dijadualkan pada 22 Oktober 2027 tertakluk kepada sebarang lanjutan masa atau pelarasan yang dibenarkan di bawah perjanjian.

 

AWC menjelaskan, beberapa kerja awal telah dimulakan sejak tarikh tersebut sementara menunggu persetujuan akhir terma dan syarat tertentu dalam perjanjian subkontrak.

 

Kumpulan itu menjangkakan projek berkenaan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih AWC sepanjang tempoh pelaksanaan kontrak, tanpa kesan material terhadap tahap penggearan kumpulan.

 

AWC berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada aktiviti perniagaan biasa Qudotech. Kumpulan turut menjangkakan risiko pelaksanaan melibatkan risiko operasi pembinaan dan pemasangan kejuruteraan serta turun naik harga bahan, yang akan diuruskan menerusi amalan pengurusan projek dan mitigasi risiko sedia ada.

 

Lembaga Pengarah AWC berpendapat perjanjian subkontrak itu adalah demi kepentingan terbaik kumpulan. Tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak yang berkaitan dengan mereka mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam perjanjian tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved