hamden07/10/2026 - 17:54 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com KUALA LUMPUR 7 Okt - Aemulus Holdings Bhd (AHB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Aemulus Corporation Sdn Bhd (ACSB), memperoleh tempahan baharu berjumlah AS$3.86 juta (RM15.77 juta) daripada pelanggan di Singapura bagi penghantaran sistem ujian untuk pasaran pusat data dan kecerdasan buatan (AI).
AHB berkata, tempahan berkenaan diperoleh pada 7 Oktober 2026 dan dijangka dipenuhi dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tempahan.
Menurut syarikat, hasil daripada tempahan tersebut akan diiktiraf secara berperingkat berdasarkan penghantaran sistem.
“Tempahan diperoleh tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan 2027,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, tempahan itu tidak dijangka memberi kesan material terhadap aset bersih sesaham AHB bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2027.
Ia juga tidak akan memberi kesan terhadap modal saham dan struktur pegangan saham AHB.
AHB berkata, antara faktor risiko berpotensi yang boleh menjejaskan pesanan itu termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan bahan, perubahan harga bahan, gangguan rantaian bekalan serta perubahan keadaan politik, ekonomi dan kawal selia. - DagangNews.com





