“Ayah mertua bagi kerbau!” – Kemenangan Pingat Emas Paling ‘Touching’, Ini Hadiah Yang Arshad Nadeem Dapat!

Entertainment
13 Aug 2024 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berakhir sudah Olimpik Paris 2024 dengan jayanya meskipun terdapat beberapa kontroversi berlaku sepanjang acara empat tahun sekali itu berlangsung.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan banyak juga kisah yang menyentuh ketika Olimpik Paris barlangsung, salah satunya ialah kisah kemenangan atlet Pakistan, Arshad Nadeem yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara rejam lembing.

Terdapat kisah menarik di sebalik kejayaan tersebut di mana Arshad layak ke Paris menggunakan dana sendiri hasil sumbangan daripada orang kampungnya.

Malah dia juga membuat persiapan ala kadar ke Paris kerana tidak mampu membeli peralatan, tiada fasiliti latihan dan juga tidak mendapat tajaan daripada kerajaan.

Sejurus dia pulang ke Pakistan, terdapat beberapa hadiah yang bakal diterimanya atas kejayaannya yang membanggakan.

image is not available

Kerajaan Pakistan mengumumkan bahawa Arshad Nadeem akan menerima anugerah Hilal-i-Imtiaz dan seorang ahli perniagaan Pakistan, Zafar Abbas Jafri mengumumkan beliau akan memberikannya sebuah kereta Suzuki Alto serba baharu.

Namun yang paling menyentuh hati ialah hadiah daripada bapa mertuanya yang memberikan Arshad seekor kerbau, dalam tradisi mereka kerbau merupakan salah satu hadiah yang paling tinggi nilainya dan penuh penghormatan.

Wah uniknya dapat kerbau!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.